• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GMS2018: McLaren Senna GTR - Versi Atas Trek yang Laju, Cuma 75 Unit Dijual

#GMS2018: McLaren Senna GTR - Versi Atas Trek yang Laju, Cuma 75 Unit Dijual

March 8, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

MCLAREN Senna ialah antara model terpantas pernah dikeluarkan pengeluar automotif British itu. Tetapi kehadiran model terbaharu McLaren, Senna GTR ini seakan tidak boleh dibandingkan.

Senna versi jalanan melakukan debut pada tahun lepas, dengan 500 unit dikeluarkan yang kini semua model itu sudah pun dimiliki pelanggan setia dan peminat tegar jenama itu. Namun, Senna GTR dibikin untuk kegunaan dalam trek sahaja, dengan hanya 75 unit dibina.

Menurut McLaren, output kuasa Senna GTR ini dipertingkatkan daripada 800hp hingga sekurang-kurangnya 813hp menerusi enjin V8 twin-turbo bersesaran 4.0L. Tork juga meningkat daripada 799.9Nm, tetapi angka tepat tidak dimaklumkan.

BACA >>> #TahukahAnda: McLaren Pilih Nama Senna Sempena Peringati Jaguh F1, Ayrton Senna

VERSI ATAS TREK

Selain itu, peningkatan prestasi juga diperoleh daripada transmisi lumba sekuensial (sequential racing gearbox) untuk tambahan kelajuan ketika menukar gear. Bahagian suspensi wishbone turut dinaik taraf, manakala tayar slik  daripada jenama Pirelli.

Jika Senna biasa pun sudah mempunyai rekabentuk aerodinamik ekstrem, tahap prestasi GTR dipertingkatkan lagi dengan spliter depan lebih dalam dan difuser belakang besar selain dipasangkan rim lumba ringan yang direka khas untuk beraksi dalam litar.

BACA >>> McLaren Senna - Kereta Jalanan yang Tidak Sesuai Dipandu Atas Jalan (789hp, 800Nm)

PALING PANTAS DALAM TREK

Dengan kuasa 800hp dan dayabawah (downforce) 997.9kg, McLaren mendakwa Senna GTR ialah model terpantas dengan rekod catatan masa basis atas trek, kecuali rekod jentera Formula Satu (F1). Model ini lebih pantas berbanding bersama model lain seperti 650S GT3, P1 GTR dan F1 GTR Long Tail. Memang laju!

Senna GTR ditayangkan kepada pengunjung Pameran Motor Geneva 2018 yang sedang berlangsung minggu ini. Walaupun bukan jentera sempurna secara keseluruhan, tetapi model ini mampu menunjukkan potensi sebenar. Seperti dimaklumkan, hanya 75 unit akan dibina. Cepat bertindak buat tempahan sekarang. Sebelum itu, sila pastikan dalam akaun ada tujuh angka!

McLaren-Senna-GTR-8
McLaren-Senna-GTR-11
McLaren-Senna-GTR-6

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ayrton Senna, GMS 2018, Kereta Sport, McLaren, McLaren Senna, McLaren Senna GTR, Pameran Motor Geneva 2018, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev