• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GMS2018: Range Rover SV Coupe - 557hp, Harga £240,000 (RM1.3 Juta)

#GMS2018: Range Rover SV Coupe - 557hp, Harga £240,000 (RM1.3 Juta)

March 7, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAMA sebelum kemunculan segmen crossover coupe seperti BMW X4, ada banyak model kenderaan utiliti sukan (SUV) 2-pintu yang popular di kalangan pemandu urban. Salah satunya ialah varian coupe Range Rover yang kini dibangunkan semula untuk mengimbau semula era kegemilangan dahulu sebagai penghormatan kepada model asal versi 2-pintu pada 1970.

Berasaskan gambar model terbaharu ini, memang tidak dapat disangkal lagi itulah Range Rover. Lihat saja rupa depan dan belakang, mirip varian Range Rover facelift yang diperkenalkan, Oktober tahun lalu.

BACA >>> Range Rover (2018) Versi Facelift Diperkenal dengan Varian Plug-In Hibrid

SV Coupe menampilkan cermin depan landai, dan bumbung bercerun bersama bumbung panoramik khas. Model 2-pintu ini turut digayakan dengan ventilator sisi vertikal di bahagian tepi fender. Secara keseluruhan, profil ketinggian dikurangkan.

SUV ini dikuasakan enjin 5.0L supercas V8 berkuasa 557hp dengan kelajuan maksimum 265kmj dan pecutan 0-100kmj sepantas 5 saat, sekali gus menjadikan model Range Rover saiz penuh terpantas.

KABIN MEWAH

range-rover-sv-coupe-official-geneva-6
range-rover-sv-coupe-official-geneva-12
range-rover-sv-coupe-official-geneva-5
range-rover-sv-coupe-official-geneva-7
range-rover-sv-coupe-official-geneva-9

Ruang kabin mengetengahkan konsep premium menerusi upholsteri kulit, padanan dan trim kayu mewah dan aksen metalik. Keseluruhan rekaan menyerupai model standard, tetapi versi coupe didatangkan dengan dua kerusi belakang individu yang dipisahkan konsol tengah panjang. Walaupun ruang kepala tidak cukup luas di belakang, tetapi penumpang dibekalkan cukup keselesaan dengan ventilator penyaman udara dan kawalan suhu.

Ada 100 jenis semburan cat badan berserta tambahan warna unik, trim benang kontras, trim perehat kepala, hendal pintu dan lambang logam serta ukiran plat sil pintu. Jualan Range Rover SV Coupe dijangka bermula suku keempat 2018 pada harga bermula £240,000 (RM1,299,478) di Britain.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Range Rover, Range Rover SV Coupe, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev