• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli BJ300GS-A Debut di China, Lebih Mesra Penunggang untuk Kembara Jauh

Benelli BJ300GS-A Debut di China, Lebih Mesra Penunggang untuk Kembara Jauh

March 5, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

826
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI memperkenalkan model touring mesra penunggang yang diambil daripada versi 302R di China. Benelli BJ300GS-A dijadualkan berada di pasaran pada 7 Mac ini pada harga ¥35,800 (RM22,041) dan pelanggan yang berminat boleh menempah secara atas talian.

BJ300GS-A didatangkan dengan tiga kotak simpanan, dua sisi dan satu top box. Bahagian fairing direka semula bersama bar pelindung di sisi enjin. Lampu projektor depan dipadankan visor pengadang angin tinggi untuk keselesaan dan memberikan lebih efek aerodinamik ketika menunggang jauh. Posisi bar hendal tinggi dan pelana terpisah yang lebar memberikan posisi tunggangan menegak.

BACA >>> Benelli TNT 135 LE Tampak Gah & Garang - Harga Pula Lebih Mahal, RM9,988!

Bahagian kluster analog-digital mirip versi 302R. Benelli menggunakan enjin 302R, tetapi ditala untuk mendapatkan lebih tork. Hasilnya enjin BJ300GS-A mampu menjana kuasa 34.8hp pada 12,000rpm dan tork 27Nm (9,000rpm) dengan kotak gear 6-kelajuan dan kelajuan maksimum 140kmj.

TANGKI MINYAK DITAMBAH

Kapasiti tangki minyak ditambah 3.5 liter menjadi 17.5 liter berbanding 302R. Banyak ciri touring ditawarkan yang menyumbang kepada penambahan berat badan 216kg, iaitu 18kg lebih berat berbanding 302R. Keselesaan menunggang jauh digalas fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.

Keyakinan membrek disumbangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dengan brek dwi cakera petal di depan dan cakera tunggal petal di belakang.  Apakah model itu akan dibawa masuk ke Malaysia masih belum dapat dipastikan. Apapun, selepas Benelli di Malaysia diambil alih Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, jenama dari Itali itu nampaknya begitu agresif membawa masuk banyak model baharu ke negara ini.

BACA >>> Benelli 402S - 'Ducati Diavel' Versi Mampu Milik

Ada kebarangkalian jentera itu akan dibawa masuk. Lihat saja strategi pemasaran Mforce Bike. Kalau kita perasan, ada begitu banyak papan iklan yang memaparkan produk Benelli sepanjang laluan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Ini menunjukkan betapa jenama itu begitu komited mahu meluaskan pasaran produk mereka.

GALERI

Related

826
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli, benelli 302r, Benelli BJ300GS-A, Itali, MForce Bike Holdings, motosikal, motosikal touring, roda dua, roda2, touring, touring bike

Comments

  1. saiful says

    August 5, 2018 at 5:22 PM

    Tuan Admin, bila agak nye pelancaran model ni. sbb dah bulan Aug dah ni. Hrp2 dpt info dgn segera. mcm best plak model yg ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev