• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Rolls-Royce Ghost dengan Seni Reka Islam Kini Dijual di Abu Dhabi

Rolls-Royce Ghost dengan Seni Reka Islam Kini Dijual di Abu Dhabi

March 10, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KITA sudah biasa melihat aneka model Rolls-Royce yang diilhamkan berasaskan pelbagai tema seperti jet, kapal layar, fesyen, muzik dan 'wisdom'. Ada beberapa unit daripada tema tersebut sudahpun menemui tuan masing-masing di Teluk Parsi.

Versi Rolls-Royce yang satu ini mungkin paling sesuai dengan pemilik di negara tersebut. Apa tidaknya, pengeluar kereta mewah British itu menampilkan model rekaan khas yang diilhamkan daripada seni Islam. Sedan Ghost itu, yang memiliki jarak roda lebih panjang, dibikin khas Jabatan Bespoke Rolls-Royce di Goodwood.

BACA >>> Rolls Royce Bawa Raja George VI, Winston Churchill dan Presiden Eisenhower Dijual Lebih RM1 Juta

rolls-royce-ghost-islamic-art-23
rolls-royce-ghost-islamic-art-18
rolls-royce-ghost-islamic-art-17

Kemasan badan diserlahkan menerusi warna dua-tona, perak-putih dan rekabentuk signatur pada garis bahu yang dilarik terus hingga bahagian depan sebelum dipadankan rim aloi 5 jejari 21-inci. Keindahan rekaan seni Islam ditampilkan pada ruang kabin dengan sentuhan ukiran siput laut (seashell) dan kelabu asap yang terletak atas meja boleh lipat dan sulaman perehat kepala dan perehat lengan penumpang belakang.

Ghost dikuasakan enjin 6.6L twin-turbo V12 berkuasa 562hp dan tork 820Nm yang disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik 8-kelajuan.

Ghost dengan seni reka Islam itu kini dijual di pusat jualan terbesar Rolls-Royce di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi Motors. Harga bagaimanapun tidak didedahkan.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Abu Dhabi, Roda4, Rolls-Royce, Rolls-Royce Ghost, sedan mewah, seni Islam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev