• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Anggap Aksi Marquez Elak Jatuh Bukan Nasib Baik, Tetapi Skil

Rossi Anggap Aksi Marquez Elak Jatuh Bukan Nasib Baik, Tetapi Skil

March 4, 2018 By Aryon 1 Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA agung di cakerawala yang juga kekanda MotoGP, Valentino Rossi mendakwa kejayaan lawannya, Marc Marquez mengelak diri daripada hilang kawalan dan terjatuh ketika berlumba tidak boleh dianggap sebagai tuah atau kebetulan semata-mata.

Tahun lalu, Marquez beberapa kali terselamat daripada tergolek, termasuk satu insiden dramatik dalam aksi penentuan juara di Valencia yang hampir menyebabkan pelumba Sepanyol itu terbabas. Rossi memuji Marquez atas kemampuannya mengelak kemalangan yang baginya tidak boleh dianggap sebagai nasib baik.

Aksi di GP Valencia 2017 dianggap paling dramatik dan Marquez terselamat.

Sebaliknya, apa dilakukan Marquez adalah kombinasi gaya dan jentera yang membantu pelumba Sepanyol itu melakukan beberapa gerakan menyelamat dan keputusan penting di saat getir.

"Apa yang dia buat mengagumkan kerana dia tidak kerap kemalangan lagi. Dia banyak kali selamat tahun lalu dan itu bukan kebetulan," beritahu Rossi kepada majalah Riders.

BACA >>> Hafizh Makin Serasi dengan Yamaha M1, Rossi Mahu Berlumba Hingga 2020

"Bagi saya, dia berusaha untuk memperbaiki tekniknya. Gaya atau tunggangan membantunya. Saya tidak tahu jika itu semula jadi atau sesuatu yang dia usahakan, tetapi dia letakkan badannya antara jentera dan asfalt, gunakan ia untuk tidak jatuh."

Menurut Rossi lagi, jika jentera yang ditunggang Marquez bukan Honda, hampir mustahil seseorang pelumba itu mampu mengelakkan kemalangan dan terjatuh.

marc-marquez-crash-1
marc-marquez-crash-2
marc-marquez-crash-3
marc-marquez-crash-4

"Saya tidak fikir itu elektronik, tetapi jentera itu sendiri. Honda jadikan apabila roda depan rapat, ia masih terus miring. Jentera seperti kami, jika anda rapat dengan roda depan, ia akan menyentuh bawah jalan dan anda tak boleh lagi menariknya (untuk tegak semula)," kata Rossi lagi.

Lain macam kekanda Rossi kita memuji adinda Marquez. Mungkinkah Rossi sedang melancarkan perang saraf ke atas juara bertahan itu? Apakah The Doctor sememangnya mengagumi Marquez, ataupun sekadar memerli pelumba lawan itu?

SUMBER: Motorsport.com

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Marc Marquez, MotoGP, roda2, sukan permotoran, The Doctor, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev