• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Ceed Sportwagon (2019) Sedia Tunjuk Muka di Geneva

Kia Ceed Sportwagon (2019) Sedia Tunjuk Muka di Geneva

March 3, 2018 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


KIA mengesahkan apa yang sudah disebut-sebut peminat automotif tentang debut Ceed Sportwagon menjelang Pameran Motor Geneva 2018, Selasa depan.

Tidak jauh berbeza dengan model hatchback generasi baharu yang didedahkan bulan lalu, perbezaan versi wagon ini dapat dikesan menerusi bahagian belakang lebih panjang. Semestinya model ini menawarkan kapasiti but lebih luas dengan perubahan talaan suspensi untuk disesuaikan dengan profil kereta.

Pembeli boleh memilih varian petrol dan diesel, sama seperti ditawarkan model hatchback dengan padanan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik dual-klac 7-kelajuan.

BAKAL KELUAR MODEL PRESTASI, SUV

Selain varian hatchback dan wagon, Kia khabarnya bakal memperkenalkan versi Shooting Brake. Pernah ditayangkan sebagai konsep Pro Cee'd di Frankfurt, tahun lalu, model tersebut ialah Sportwagon versi lebih bergaya dengan garis bumbung landai.

BACA >>> Kia Proceed Concept yang Mengancam! Bakal Jadi Famili Cee'd Baharu

Hot hatch Ceed GT juga dalam perancangan yang bakal menggunakan trenkuasa Hyundai i30N, tetapi sedikit kurang berkuasa berbanding abangnya itu. Akhir sekali ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak baharu yang dibina berasaskan Ceed baharu, dijangka diperkenalkan penghujung tahun depan dan akan diposisikan di bawah Sportage.

Setakat ini, Kia belum merancang mengeluarkan Ceed versi 3-pintu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia, Kia Ceed (2019), Kia Ceed Sportwagen (2019), Pameran Motor Geneva 2018, Roda4, Wagon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev