• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Ninja 250 Tiba di Malaysia Suku Kedua 2018, Siap Sedia Pecah Tabung!

Kawasaki Ninja 250 Tiba di Malaysia Suku Kedua 2018, Siap Sedia Pecah Tabung!

March 2, 2018 By Admin PanduLaju 10 Comments

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Tahun ini agak pelik kerana Kawasaki Motors Malaysia (KMM) tidak mempamerkan barisan produk 2018 untuk pasaran Malaysia. Majlis makan malam bersama wakil pengedar dan media sempena Tahun Baru Cina hanya menyaksikan pelancaran Z900RS, berharga mahal kerana diimport dari Jepun.

Sebenarnya, ramai ternantikan Ninja 250 yang ditayangkan pada Pameran Motor Tokyo 2017. Jangan gusar kerana sportbike itu akan tiba ke Malaysia tiba lama lagi. Anda cuma perlu sediakan wang pendahuluan dan dokumen untuk lulus pinjaman bank. Ada cash lagi bagus.

TIBA SUKU KEDUA 2018

2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250
2018 Kawasaki Ninja 250

Pada majlis makan malam itu, Pengurus Besar dan Pengarah KMM, Datuk Jeffrey Lim berkata, Ninja 250 baharu akan berada di pasaran tempatan pada suku kedua tahun ini.

"Ninja 250 akan dilancarkan antara April dan Mei 2018. Tiada tarikh tepat lagi, tapi model itu pasti datang," katanya.

Harga masih belum diketahui. Harap dapat bersabar menunggu ketibaan model tersebut dalam tempoh sebulan lebih lagi. Bukan sekadar penampilan berubah lebih garang, Ninja 250 juga lebih bertenaga dengan kuasa 39hp pada 12,500rpm dan tork 23.5Nm (10,500rpm).


Kuasa dimiliki melayakkan model tersebut digelar 'King of 250cc Sportbike' kerana Honda CBR250RR hanya berkuasa 38.5hp (masih belum nampak bayang di Malaysia). Paling ketara, Ninja 250 menampilkan rupa facelift yang lebih tajam dan agresif.

Lampu depan kini datang dalam ciri LED, diposisikan bawah dada fairing, tampak lebih sepet dengan sepasang winglet  di bawah, seakan jentera MotoGP. Sementara itu, posisi depan masih mengekalkan lampu signal yang disepadukan bersama fairing, sama seperti model 2013 (syukur, bukan signal capang) dengan tambahan lungsur frem (frame slider) hitam sebagai aksesori opsyen. Suspensi depan masih mengekalkan gaya teleskopik, bukan terbalik (USD).

Puas hati?

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, jentera klasik, Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia, kawasaki ninja 250 2018, roda2, sportbike, Tokyo Motor Show 2017, z900rs

Comments

  1. Kam says

    March 3, 2018 at 7:05 PM

    Bagaimana pulak dengan model z 250 admin? Tak ada model facelift ke?

    Reply
  2. Muniswaran says

    April 27, 2018 at 7:16 PM

    When Kawasaki Ninja 250 2018 coming to malaysia??

    Reply
    • ABG GYL says

      April 28, 2018 at 12:05 PM

      Info kami terima adalah tahun ini.

      Reply
  3. Hans says

    May 16, 2018 at 12:13 AM

    Masih belum ada apa² info ke admin mengenai tarikh masuk model ninja 250 2018 ni?

    Reply
    • ABG GYL says

      May 16, 2018 at 1:22 PM

      Masih belum ada tarikh tepat kami terima

      Reply
      • Irfan says

        May 21, 2018 at 7:31 AM

        Agaknye motor ninja 250 ni keluar dlm bulan june ke bang admin?atau erti kata lain, dalam tahun ni jugak keluar ?comfirm atau tidak?:( so excited tunggu motor ni keluar.

        Reply
        • ABG GYL says

          May 21, 2018 at 12:31 PM

          Maklumat kami terima tahun ini. Bulan berapa kurang pasti. kami akan cuba korek.

          Reply
          • Ray says

            June 12, 2018 at 1:03 AM

            Mcm xde hrapan je 🙁

          • Macam Najib says

            June 14, 2018 at 1:37 AM

            Info website ni memang xblh diharapkan, kejap kata suku kedua kejap kata tak tau bulan berapa. Adui..

          • ABG GYL says

            June 18, 2018 at 9:04 PM

            Semuanya boleh berubah mengikut keadaan. Ini adalah jangkaan dan bukannya tarikh tepat.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev