MARC Marquez bersetuju kekal bersama Repsol Honda Team untuk dua musim lagi dalam MotoGP. Pelumba asal Cervera, Sepanyol itu menyertai pasukan tersebut pada 2013 sebagai rookie dan terus saja membolot kejuaraan pertama dalam kelas premier pada tahun sama.
Ini bermakna Marquez akan berlumba bersama Repsol Honda Team bagi musim 2019 dan 2020. Setakat ini sejak 2013, dia cuma terlepas satu kejuaraan MotoGP pada 2015. Bagi musim 2018, anak muda itu sekali lagi bersedia mempertahankan gelaran juara yang disandangnya tahun lalu dengan sasaran melengkapkan kejuaraan kali kelima dan hatrik pertama. Honda turut mensasarkan kejuaraan kategori Pembina MotoGP.
BACA >>> Senarai Penuh 24 Pelumba MotoGP 2018, Saingan Pertama Bermula 17 Mac di Qatar
"Saya teruja terus berlumba untuk pasukan Honda dalam kelas MotoGP. Saya berbangga berlumba sebagai ahli keluarga Honda, dan saya hargai betapa Honda dan pasukan itu sering lakukan yang terbaik dalam memberikan apa saja saya perlukan.
"Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada semua orang yang berikan saya sokongan sepanjang tahun. Dua ujian rasmi pertama berjalan lancar. Dengan kontrak diperbaharui, saya boleh fokus pasal perlumbaan musim baharu ini. Saya akan terus menikmati perlumbaan, berkongsi keseronokan dengan semua orang dan lakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran. Terima kasih," kata Marquez.
KEPUTUSAN MARQUEZ MELEGAKAN
Menurut Presiden HRC, Yoshishige Nomura, keputusan Marquez menyambung kontrak dengan pasukan Honda nyata melegakan Repsol Honda Team.
"Marquez selalu mendesak saya hingga kepada had dan matang sebagai seorang pelumba, serta memberikan Honda banyak kejuaraan. Kami mampu mengumumkan pembaharuan kontrak pada peringkat awal atas dasar saling percaya, dan keghairahan kami untuk perlumbaan.
BACA >>> Hafizh Sah ke MotoGP Wakili Pasukan Monster Yamaha Tech 3!
"Saya pasti kami dapat sedia persekitaran kepada dia untuk fokus dalam ujian akhir di Qatar minggu ini, dan mengetuai pusingan pembukaan, serta memulakan musim 2018 dengan kuat. HRC akan meneruskan cabaran dengan Marquez sebagai pelumba penting bagi masa depan MotoGP. Saya sangat hargai dan melihat ke depan supaya semua orang terus menyokong Repsol Honda Team," kata Nomura lagi.
SUMBER: MotoGP
Leave a Reply