• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Optima Facelift (2018) - Tambah Varian Enjin Baharu, Kemas Kini Gaya dan Trim

Kia Optima Facelift (2018) - Tambah Varian Enjin Baharu, Kemas Kini Gaya dan Trim

February 28, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SEDAR tidak sedar sudah dua tahun Kia memperkenalkan Optima baharu. Kali ini muncul pula versi kemas kini atau facelift yang menyaksikan beberapa pembaharuan dibuat terdiri daripada penampilan bampar depan baharu (dan bampar belakang untuk versi sedan) dengan kemasan krom pada gril 'hidung harimau' (versi Malaysia sudah dikromkan) dan rupa baharu pada lampu utama, lampu belakang dan lampu kabus.

Ruang kabin diserikan dengan roda stereng baharu, trim krom-satin, dan pilihan upholsteri. Opsyen mod pacuan turut ditawarkan bersama pencahayaan ambien yang diubah automotik menerusi mod pacuan atau secara manual. Model GT Line dan GT menampilkan lampu kabus LED dengan aksen luaran hitam berkilat, trim dalaman baharu dan paip ekzos kembar.

BACA >>> Kia Optima GT - 2.0 Turbo 242hp, 350Nm - Kini di Pasaran!

Trim merah turut diperkenalkan pada model kemas kini ini dan pembeli juga boleh memilih jenis rim. Malah, Kia turut mengemas kini ciri teknologi bantuan pemanduan termaju.

ENJIN BAHARU - 1.6L, 177HP

Tetapi perubahan paling ketara ialah pilihan varian enjin baharu, iaitu 1.6L (menggantikan unit 1.7L) berkuasa 177hp yang mengisi dua lagi varian sedia ada, standard 2.0L dan model paling premium, GT (242hp). Kedua-dua versi sedan dan wagon akan terus ditawarkan dan akan didedahkan pada Pameran Motor Geneva, minggu depan sebelum berada di pasaran Eropah tahun ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia, Kia Optima facelift (2018), Pamera Motor Geneva (2018), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev