• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda HR-V Mugen Edisi Terhad Kini di Malaysia, Harga Bermula RM118,800

Honda HR-V Mugen Edisi Terhad Kini di Malaysia, Harga Bermula RM118,800

February 27, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM kedatangan HR-V facelift, Honda Malaysia terlebih dulu memperkenalkan versi Mugen untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak itu, sekali gus menjadi model ketiga di-Mugen-kan selepas Civic Concept Mugen 2.0 (2006),  Civic Concept M serta Jazz Concept M (2010).

Berikut senarai kit badan diterima HR-V Mugen:

  • Spoiler bawah depan
  • Spoiler bawah belakang
  • Spoiler sisi
  • Spoiler hud belakang
  • Pelekat (decal) sporty
  • Lambang Mugen - transmisi
  • Lambang Mugen - bahagian luar
  • Lambang Mugen - gril depan dan pelapik kaki

UNIT TERHAD & HARGA

honda_HR_V_Mugen_Edisi_Terhad_pandulaju8
honda_HR_V_Mugen_Edisi_Terhad_pandulaju6
honda_HR_V_Mugen_Edisi_Terhad_pandulaju5

Honda Malaysia hanya mengeluarkan 1,020 unit HR-V Mugen dengan varian V sahaja pada harga RM118,800 (tanpa insurans, termasuk GST) dalam warna Dark Ruby Red Pearl (merah), manakala pelanggan yang memilih White Orchid Pearl (putih) perlu menambah RM300.

DI PASARAN MAC INI

Tempahan HR-V Mugen Edisi Terhad dibuka di semua pusat jualan sah Honda seluruh Semenanjung bermula 5 Mac ini, manakala pasaran Sabah pada 13 Mac dan Sarawak (19 Mac). Pengenalan versi Mugen itu adalah susulan maklum balas positif pelanggan yang mahukan SUV kompak yang lebih sporty dan bergaya.

Sejak dilancarkan pada Februari 2015, jualan HR-V mencatatkan jualan 65,000 unit (setakat Januari 2018), sekali gus menjadikan HR-V sebagai model kedua Honda paling laris yang menyumbang 17 peratus jualan, termasuk menjadi pendahulu dalam segmen SUV subkompak.

BACA >>> Honda HR-V Facelift Hampir Pasti Lancar di Malaysia Tahun Ini

HR-V dijana enjin 1.8L i-VTEC SOHC dengan Teknologi Earth Dreams bersama transmisi variabel berterusan (CVT) untuk pengalaman pemanduan lebih lancar dan prestasi efisien. SUV subkompak itu turut diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

GALERI

SUMBER: Honda Malaysia

Related

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Earth Dreams, Edisi Terhad, Honda, Honda HR-V, Honda HR-V Mugen Edisi Terhad, Honda Malaysia, Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev