• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakatan Strategik Naza dan PSA - Kilang Gurun Jadi Hab Pemasangan Malaysia, Asean

Pakatan Strategik Naza dan PSA - Kilang Gurun Jadi Hab Pemasangan Malaysia, Asean

February 28, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAZA Corporation Holdings Sdn Bhd (Naza Group)
dan Groupe PSA (PSA) membentuk pakatan strategik dengan menjadikan kilang pemasangan Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah sebagai hab pengeluaran kenderaan Peugeot dan Citroen bagi pasaran Asean.

Sebagai pemain automotif global dan pengeluar automotif kedua terbesar Eropah, PSA yakin dan komited dengan pasaran di Malaysia dan Asean. Kerjasama itu, melibatkan perjanjian penjualan saham dan usahasama dua pihak bagi kilang NAM, bakal menyaksikan PSA menguasai kepentingan majoriti dalam urusan perniagaan NAM.

BACA >>> 7 Perkara yang Perlu Anda Tahu Tentang Kia Picanto (2018) Serba Baharu

Naza Group bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengedaran jenama Peugeot, Citroen dan DS Automobiles di pasaran domestik, manakala PSA akan meneroka prospek pengedaran di pasaran Asean lain. Fasiliti NAM, yang beroperasi sejak 2004, memiliki jumlah pekerja 450 orang dan kapasiti pengeluaran hingga 50,000 unit.

PLATFORM BAHARU

Kerjasama Naza Group dan PSA mengukuhkan lagi perkongsian yang ditubuhkan sejak 2008 untuk membangunkan perniagaan mampan dan menguntungkan di Malaysia dan rantau Asean. Pelaburan PSA di NAM juga akan menyaksikan pelaksanaan platform modular EMP2 untuk segmen C dan D.

Majis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diwakili Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Naza Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin, manakala PSA diwakili Naib Presiden Eksekutif (China dan Asia Tenggara), Carlos Gomes.

Sebelum ini, PSA adalah antara pengeluar automotif yang bersaing dengan Kumpulan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) untuk membeli pegangan ekuiti dalam Proton Holdings Berhad.

 

 

Related

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Carlos Gomes, Groupe PSA, Mou, Naza Automotive Manufacturing (NAM), Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Naza Group, PSA, SM Nasarudin SM Nasimuddin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev