• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha My CUXI Go (2018) Versi Kemas Kini yang Lebih Comel dan Seksi

Yamaha My CUXI Go (2018) Versi Kemas Kini yang Lebih Comel dan Seksi

February 26, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN skuter Taiwan cukup menarik dan cukup mencuri perhatian kerana di sana anda boleh lihat pelbagai kelibat motosikal itu dalam pelbagai rupa unik dan comel. Baru-baru ini, Yamaha Taiwan memperkenalkan skuter My CUXI Go (2018) versi kemas kini. Model yang menjadikan penunggang wanita sebagai itu sudah berada di negara itu sejak 2006, sudah 12 tahun.

My CUXI Go (2018) menampilkan kombinasi elemen seksi dan comel yang dapat dilihat menerusi padanan dua warna badan dengan tulisan CUXI kreatif, bersesuaian imej skuter itu yang serba funky. Bahagian depan bentuk U dipadankan dengan dua lampu LED bahagian atas.

Rekaan lampu belakang bercirikan LED supaya mudah dilihat pada malam. Sebagai keperluan masa kini, skuter comel tersebut dilengkapi soket pengecas 12volt yang disediakan sebelah kanan hendal. Ruang simpanan bersaiz  21.5 liter di bawah pelana mampu memuatkan helmet separuh muka, dan cukup luas untuk wanita menyimpan beg tangan mereka.

RINGKAS, MENARIK

Ruang tengah hendal terpapar skrin LCD penuh yang ringkas. Walaupun kecil, tetapi masih boleh dilihat jelas segala maklumat kelajuan, perbatuan dan jam. Pilihan warna menarik banyak menyerlahkan identiti skuter itu di jalan raya seperti hijau/kelabu, biru/kuning, hitam/merah dan putih/biru.

BACA >>> Skuter Kuasai 84 Peratus Pasaran Motosikal Indonesia, Kapcai Bakal Pupus?

MY Cuxi Go (2018) menggunakan enjin 155cc penyejukan udara sejak 2014 dengan sistem suntikan bahan api. Skuter generasi ke-4 ini ditawarkan dalam tiga varian: Cuxi - brek dram, Cuxi - brek cakera dan Cuxi IS.

https://youtu.be/bTl3gYJjYsQ

GALERI

SUMBER: Yamaha Taiwan

Related

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Roda 2, roda2, skuter, Taiwan, Yamaha, Yamaha Motor, Yamaha My Cuxi 2018, Yamaha My Cuxi Go 2018, Yamaha Taiwan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my