• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Syarikat India Cipta Kit Penghidup Motosikal Guna Cap Jari, Siap GPS untuk Kesan Lokasi

Syarikat India Cipta Kit Penghidup Motosikal Guna Cap Jari, Siap GPS untuk Kesan Lokasi

February 27, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

741
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INGATKAH lagi tentang biometrik yang memerlukan anda mengimbas tangan untuk membuka kereta BMW M3 dalam Mission Impossible 5? Kalau terlupa, sila tonton video di bawah ini dulu:

https://youtu.be/7qlt-WEtc70

Sudah dapat sedikit gambarankan? Kini sistem seperti itu sudah ada pada motosikal pula. Rekacipta dibangunkan NevonProjects yang berpangkalan India itu adalah berupa kit penghidup yang membolehkan penunggang menghidupkan motosikal mereka tanpa kunci dengan hanya mengimbas cap jari.

BACA >>> Nissan Perkenal Teknologi Kesan-Peluh, Atasi Masalah Pemandu Kurang Minum Air

Malah, anda juga tidak lagi memerlukan rantai pengunci atau mangga untuk mengelak motosikal daripada dicuri. Ini kerana kit penghidup yang dipasang dilengkapkan notifikasi anti-kecurian dan anti-tunda. Selain menerima amaran menerusi mesej, pengguna juga mampu mengesan lokasi motosikal mereka menerusi ciri GPS terbina dalam.

Namun, walaupun memiliki ciri anti-kecurian, pemilik masih perlu menggunakan kunci fizikal untuk mengunci bar hendal. Malah, anda boleh mendaftarkan penunggang lain selain diri sendiri untuk menggunakan kit keselamatan tersebut.

MASIH ADA KELEMAHAN

KIT_PROJEK_NEVON
kit_projek_nevon2
kit_projek_nevon3
kit_projek_nevon1

Bagaimanapun, sistem ini masih ada kelemahan, iaitu penunggang perlu menanggalkan sarung tangan setiap kali mahu mematikan dan menghidupkan motosikal. Sudah tentu situasi itu agak leceh bagi penunggang motosikal berkuasa besar yang sudah biasa menunggang dengan menyarung sarung tangan.

Harga produk masih belum diumumkan dan dijangka berada di pasaran pada penghujung Mac 2018. Apakah anda rasa sistem seperti ini lebih memudahkan atau menyusahkan? Sekarang, jom kita tonton dulu video di bawah tentang bagaimana sistem kit penghidup cap jari tersebut berfungsi:

Related

741
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, Imbasan Cap Jari, India, kit penghidup motosikal, Menghidupkan Motosikal Tanpa Kunci, Mission Impossible 5, NevonProjects, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev