• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Harga Motosikal 80-90-an Lebih Murah Berbanding Sekarang? Ya atau Tidak?

Harga Motosikal 80-90-an Lebih Murah Berbanding Sekarang? Ya atau Tidak?

February 28, 2018 By ZY Leave a Comment

5.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP kali tiba musim pilihan raya umum (PRU), soal harga barang memang selalu jadi topik perbahasan hangat. Bagi peminat motosikal, terutama yang baru layak mengundi, masing-masing tidak terlepas bersembang pasal harga motosikal hari ini dengan zaman bapa mereka ketika muda belia pada era pemerintahan dulu-dulu. Dengar ceritanya, jauh lebih murah, betul atau tidak?

BACA >>> 7 Motosikal Bawah 250cc dengan Had RPM Tertinggi dalam Sejarah

Walaupun sukar mendapatkan maklumat lengkap mengenai motosikal di pasaran Malaysia sekitar 30 tahun lalu, tetapi hasil perkongsian rakan-rakan peminat dua roda di media sosial, kami akhirnya berjaya mendapatkan senarai harga motosikal pada 1989.

Dilihat sekali imbas senarai di bawah, nampak macam tidak jauh berbeza dengan harga motosikal sekarang. Malah nampak lebih murah. Cuba tengok harga superbike 1000cc, Kawasaki ZX10 baharu, RM32,000 sahaja!

Sekarang mana nak dapat superbike 1000cc baharu RM30k?

Tetapi harus diingat, apabila membandingkan harga sesuatu barangan pada tahun berbeza, kita perlu mengambil kira kadar inflasi sepanjang tempoh tersebut bagi mendapatkan nilai semasa setara. Contoh ringkas sebagai perbandingan mudah, gaji golongan berpendapatan rendah hari ini adalah sekitar RM1,200 berbanding sekitar RM400 pada awal era 90-an yang menunjukkan berlaku peningkatan kos sara hidup dan harga barang asas kira-kira tiga kali ganda (anggaran kasar sahaja).

BACA >>> Mat Motor Ini Jual 7 Vespa untuk Selamatkan Penyu

Model Virago misalnya, walaupun harganya - RM13k - yang nampak macam motosikal pertengahan mengikut nilai wang hari ini, tetapi melihat kelibat cruiser itu tidak ubah seperti terliur memandang model-model Ducati hari ini. Virago biasanya ditunggang golongan selebriti, anak orang kaya, orang kenamaan atau orang KL. Kalau dikira mengikut nilai inflasi, harga Virago mengikut nilai hari ini ialah RM39,000. Mahal, tetapi tidaklah mewah, dan biasa-biasa saja.

Jadi, masih benarkah harga motosikal zaman ayah atau abang anda ketika muda remaja dulu lebih murah berbanding zaman sekarang? Cepat, cari kalkulator dan buat kira-kira sendiri. 😉

* Tengok jumlah deposit pun dah cukup seram.

senarai harga motor 1989

SUMBER: CariGold

Related

5.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, harga motor 1980, harga motor 1989, harga motor 1990, harga motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev