• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyperloop Bakal Jadi Revolusi Baharu Pengangkutan Darat, KL ke Perlis Cuma 28 Minit

Hyperloop Bakal Jadi Revolusi Baharu Pengangkutan Darat, KL ke Perlis Cuma 28 Minit

February 26, 2018 By Azhan O Leave a Comment

539
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Washington memberikan lesen kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Motors, Elon Musk untuk melakukan kajian menghasilkan kenderaan pengangkutan darat baharu, dinamakan Hyperloop, yang membolehkan penumpang bergerak dari Cleveland ke Chicago sepantas 28 minit sahaja.

Minggu lalu, Hyperloop Transportation Technologies (HTT) mengumumkan menandatangani perjanjian dengan Agensi Koordinasi Luas Kawasan Timur Laut Ohio (NOACA) dan Jabatan Pengangkutan IIlinois untuk mengkaji beberapa laluan berpotensi antara dua bandar tersebut.

BACA >>> Search socar 8 Fakta Tentang SOCAR yang Perlu Anda Tahu - Sewa Kereta Pandu Sendiri Ikut Jam

Bersama Hyperloop One, HTT adalah antara dua syarikat besar yang akan merealisasikan idea Musk tentang bentuk pengangkutan revolusioner beberapa tahun lalu. Musk baru-baru ini mengesahkan bahawa beliau sedang cuba menghasilkan Hyperloop sendiri.

LEBIH LAJU DARIPADA PESAWAT PENERBANGAN

Pengarah NOACA, Grace Gallucci mendedahkan pada Cleveland.com bahawa pihaknya akan membayar hingga AS$600,000 (RM2.34 juta) untuk perkongsian dalam kajian pelaksanaan (feasibility study) itu.

“Ia sangat mengujakan untuk bekerjasama dengan HTT dan IDOT untuk menjadikan pengangkutan antara Chicago dan Cleveland lebih baik, pantas dan cekap sebagai satu realiti," katanya.

Analisis akan mengambil masa 6 hingga 12 bulan, dan potensi laluan akan diuji membabitkan pesisir pantai, penumpang, dan lokasi stesen yang sesuai. Secara teori, Hyperloop mampu melakukan trip antara Cleveland dan Chicago cuma 28 minit.

BACA >>> Kelemahan Pengangkutan Awam Bantu 'Careem' Kuasai Tiga Rantau

Jarak Cleveland dan Chicago adalah lebih kurang 500km-800km yang memerlukan masa hampir 6 hingga lebih 7 jam jika memandu kereta. Kalau di Malaysia, jarak sejauh itu adalah lebih kurang dari Kuala Lumpur (KL) ke Perlis, atau utara Johor ke Perlis. Dan sekarang bayangkan, anda pergi ke Perlis dari KL dalam masa 28 minit. Lebih pantas daripada kapal terbang.

Teruja tak?

SUMBER: Car Scoops

Related

539
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Agensi Koordinasi Luas Kawasan Timur Laut Ohio (NOACA), Auto Terkini, autotainment, Elon Musk, Hyperloop, Hyperloop Transportation Technologies (HTT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev