SEPERTI diuar-uarkan, Hyundai Santa Fe (2019) akhirnya dilancarkan di Korea Selatan dengan menampilkan rekabentuk elegan dan bercirikan teknologi terkini. Hyundai turut melakukan perubahan varian dengan menukar nama versi lima penumpang, Santa Fe Sport menjadi Santa Fe, manakala versi tujuh penumpang akan dikenali sebagai Santa Fe XL. Pengeluar dari Korea Selatan itu juga mengesahkan sedang membangunkan satu lagi SUV tiga baris tempat duduk dengan kapasiti lapan penumpang.
BACA >>> Dua Imej Pertama Hyundai Santa Fe (2019) Didedahkan
Model rekabentuk semula ini mengetengahkan rekaan lebih berani seakan model Kona. Bahagian depan didominasi gril bersulam besar yang diapit unit lampu LED, manakala rekaan belakang tampak lembut dengan aksen metalik dan salutan plastik pada bampar.
LEBIH DIMENSI
Keseluruhan, Santa Fe (2019) berukuran panjang 4,770mm, lebar 1,890mm dan tinggi 1,680mm dengan jarak roda 2,765mm. SUV ini 70mm lebih panjang, dan 10mm lebih lebar, berbanding model sedia ada, manakala jarak roda ditambah 65mm.
Pertambahan dimensi itu membolehkan SUV saiz pertengahan itu menambah ruang kargo sebanyak 1,036 liter di belakang barisan kedua, dan 328 liter di belakang baris ketiga. Apabila semua baris kerusi dilipat, Santa Fe (2019) mampu menampung kapasiti 2,018 liter.
BACA >>> Teaser Hyundai Santa Fe (2019) Versi Lakaran, Serius Cantik!
Ruang dalaman kini direka serba baharu dan dilengkapkan kluster instrumen digital, paparan dongak dan but buka automatik (power liftgate). Ini termasuk sistem infotainment teknologi tinggi dengan teknologi pengecaman suara dan sambungan Apple Car Play.
Sistem bantuan pemandu juga disediakan seperti ciri elak rempuhan depan, bantuan tukar lorong dan kawalan jelajah pintar dengan fungsi henti-mula, termasuk bantuan pemanduan lebuh raya dan sistem amaran rempuhan belakang.
Di Korea Selatan, Santa Fe (2019) ditawarkan dengan tiga varian enjin 4-silinder:
- 2.0L pengecas turbo petrol (231hp, 353Nm)
- 2.0L diesel (183hp, 402Nm)
- 2.2L petrol (199hp, 441Nm)
Semua enjin dipadukan transmisi automatik 8-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda (AWD). Harga pula bermula ₩28.15 juta (RM102,473). Menurut Hyundai, tempahan diterima setakat ini ketika pelancaran diumumkan sudah mencapai 14,243 unit.
Wak says
Rupa Cun mcm CX5
Enjin gagah mcm CRV
Harga dia Macam HRV
Hebat