• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Panggil Balik 5,000 Unit ASX, Outlander dan Lancer - Masalah Relay ECU

Mitsubishi Panggil Balik 5,000 Unit ASX, Outlander dan Lancer - Masalah Relay ECU

February 22, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

259
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia melancarkan kempen panggil balik model import (CBU), Lancer dan Outlander serta model pemasangan tempatan (CKD), ASX  bagi menggantikan relay kawalan enjin. Komponen tersebut berfungsi melindungi ECU enjin daripada sebarang pusuan (surge) voltan.

BACA >>> 7 Perkara Tentang Beg Udara Takata yang Perlu Anda Tahu

Sekiranya tidak diganti, bahagian dalaman relay berisiko gagal berfungsi, sekali gus menjejaskan fungsi ECU enjin. Ada 5,000 unit kenderaan terlibat seperti berikut:

  • Mitsubishi ASX - Mac 2015 - November 2016
  • Mitsubishi Lancer - Disember 2014 - Februari 2016
  • Mitsubishi Outlander - Disember 2015 - Jun 2016
Mitsubishi Pajero Exceed
Mitsubishi ASX
Mitsubishi Lancer
Mitsubishi Outlander

Pada masa sama, MMM juga menganjurkan Kempen Field Fix untuk menukar inflator beg udara sisi penumpang bagi 115 unit Pajero Exceed (Mac 2010 - Julai 2012). Ini kerana ada antara beg udara pada model tersebut berisiko meledakkan serpihan logam apabila teraktif yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap pemandu. Kempen itu juga adalah salah satu program panggil balik beg udara Takata yang dijalankan secara global.

BACA >>> #PanduUji: Mitsubishi Outlander CKD, SUV 7-Tempat Duduk, Harga Pula Tak Masuk Akal!

Pelanggan yang terlibat akan menerima surat pemberitahuan dan kos penukaran akan ditanggung sepenuhnya MMM. MMM juga meminta pelanggan yang terbabit dalam kempen berkenaan supaya membuat janji temu di pusat servis sah Mitsubishi Motors untuk menggantikan relay.

Related

259
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Beg udara takata, Kempen Panggil Balik, Kempen Panggil Balik Mitsubishi, Masalah Relay Mitsubishi, Mitsubishi, Mitsubishi ASX, Mitsubishi Lancer, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Outlander, Mitsubishi Pajero Exceed, MMM, Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev