• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Siri GSX-150 dan Satria F150 Bantu Suzuki Indonesia Bangkit, Malaysia Masih Tidur

Siri GSX-150 dan Satria F150 Bantu Suzuki Indonesia Bangkit, Malaysia Masih Tidur

February 23, 2018 By Admin PanduLaju 5 Comments

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Indomobil Sales (SIS) bahagian motosikal mula menunjukkan pencapaian positif hasil komitmen jualan dilakukan sejak 2016 selepas memutuskan untuk bangkit kembali menerusi pengenalan Satria FI dan siri GSX-150.

Pada 2016, SIS menjual 56,824 unit motosikal, dan meningkat kepada 72,191 unit, tahun lalu. Pertumbuhan 27.04 peratus itu adalah perkembangan positif walaupun tidak sebesar pesaing seperti Honda dan Yamaha. Ini bermakna perkongsian pasaran SIS meningkat kepada 1.23 peratus daripada 0.96 peratus sebelumnya.

BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Hayabusa - Satu Perjalanan Hidup Legenda Superbike Terpantas

Walaupun angka itu terlalu rendah berbanding perkongsian pasaran Honda (74 peratus) dan Yamaha (22 peratus), tetapi langkah berani SIS wajar diberi penghargaan. Malah, tahun ini pengeluar dari Jepun itu menyasarkan 100,000 unit jualan motosikal, termasuk optimis dengan pertambahan 50 peratus melebihi sasaran diletakkan.

Suzuki-GSF-150-Bandit
suzuki indonesia

Menurut SIS, angka jualan itu mampu dicapai menerusi pengenalan GSX-R150 SKS versi mampu milik yang didatangkan tanpa ciri masukan tanpa kunci. SIS juga bakal memperkenalkan jentera baharu - Suzuki Bandit 150 - yang berkongsi DNA sama dengan siri GSX-R150/S150. Namun, model dengan nama legenda itu menawarkan pengendalian berbeza berbanding GSX-S150.

Kebangkitan model Suzuki di Indonesia dilihat sebagai perkembangan positif dalam menawarkan pelbagai pilihan motosikal menarik di republik itu.

SUZUKI MALAYSIA MASIH TIDUR

Suzuki Satria F150
Suzuki Satria F150
Suzuki GSX-R150
Suzuki GSX-R150

Malaysia pula apa cerita? Mungkin Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) boleh menjadikan percaturan SIS sebagai rujukan. Tidak salah jika SAM mengembalikan semula model popular seperti Belang dan membawa masuk siri GSX-150 atau Bandit. Apa yang penting, mesti tahu kehendak pasaran.

BACA >>> Lagi Sportbike 150cc Mahu Keluar, Suzuki GSF 150 Bandit Buat Indonesia Pening

SAM perlu cuba membawa masuk model 150cc dan 250cc kerana pasaran yang lebih besar di Malaysia berbanding terlalu menumpukan jentera lebih besar. Rekabentuk GSX-R150 pun rasanya cukup menyengat dan kena dengan cita rasa pembeli Malaysia.

Teknik pemasaran dan promosi juga perlu diubah kerana ada banyak model hebat yang sudah ada berada di pasaran, tetapi tidak dimaklumkan kepada media seperti menimpa V-Strom warna baharu dan GSX-R1000 baharu.

Ayuh SAM, bangkit semula Penatlah nak seru banyak kali. Kalau dekat sudah lama kena piat telinga.

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, SAM, Suzuki Assembler Malaysia, Suzuki GSF 150 Bandit, Suzuki GSX-150 Siri, Suzuki GSX-R150 SKS, Suzuki Indomobil Sales (SIS), Suzuki Indonesia, Suzuki Satria FI

Comments

  1. Eric says

    February 24, 2018 at 12:46 AM

    test comment
    butuh sedikit bersabar, mungkin indonesia dahulu setelah itu baru Malaysia

    Reply
  2. speedrider says

    April 24, 2018 at 8:38 PM

    SAM punya marketing team lengai!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev