• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hafizh Sah ke MotoGP Wakili Pasukan Monster Yamaha Tech 3!

Hafizh Sah ke MotoGP Wakili Pasukan Monster Yamaha Tech 3!

February 21, 2018 By Aryon 3 Comments

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAFIZH Syahrin sah direkrut sebagai pelumba sepenuh masa MotoGP 2018 untuk pasukan Monster Yamaha Tech 3! Berita gembira ini baru saja diumumkan secara rasmi menerusi laman web MotoGP dan juga Facebook beberapa minit tadi.

BACA >>> Bos Besar Mahu Hafizh ke MotoGP 2018, Tetapi Perlu Yakinkan Rakan Kongsi

Pelantikan itu mengesahkan status Hafizh sebagai pengganti kepada pelumba Jerman, Jonas Folger yang terpaksa menarik diri disebabkan masalah kesihatan.

Hafizh, juga digelar sebagai Pescao, minggu lalu baru saja menjalani ujian pra musim MotoGP di litar Buriram, Thailand dengan mencatatkan keputusan memberangsangkan, cuma 1.7 saat di belakang pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa.

Kini, tiada lagi misteri tentang nasib Hafizh dalam MotoGP, sekali gus menjadi pelumba Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang layak berentap dalam saingan kelas premier MotoGP. Tahniah brader Pescao kita! Buktikan sesuatu kepada dunia!

SUMBER: MotoGP

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Hafizh Syahrin, Monster Yamaha Tech 3, MotoGP 2018, pescao, Pescao55, roda2, Yamaha Tech 3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my