• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Geely SL - Sedan Kompak dengan Ilham Rekabentuk Volvo

Geely SL - Sedan Kompak dengan Ilham Rekabentuk Volvo

February 19, 2018 By Admin PanduLaju 3 Comments

958
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS melihat model crossover kompak SX11 baru-baru ini, satu lagi model Geely bocor sebelum debut rasmi. Sedan dipanggil SL itu, yang disasarkan khas untuk pasaran China, memiliki persamaan dengan produk baharu subsidiari utamanya, Volvo.

Antara persamaan yang dapat dilihat adalah menerusi gril depan, lampu utama berbucu, paip ekzos kembar, dan lampu belakang langsing yang dipadankan dengan kemasan krom pada but belakang dengan lambang Geely. Rekaan gril juga kelihatan mirip dengan SX11 dan saudara Geely lain seperti Emgrand.

BACA >>> Harga Geely SX11 Selepas 'Rebadge' Dijangka RM60-RM80k, Bakal Ubah Masa Depan Proton?

Bampar depan kelihatan agresif dan sporty yang sepadan dengan lekuk pada bonet. Cuma sedan Geely itu tiada lampu kabus depan. SL khabarnya memiliki dimensi panjang 4,680mm, lebar (1,785mm) dan tinggi (1,460mm) serta jarak roda (2,670mm).

Model sedan itu, yang dijangka dijual di pasaran China menjelang penggal kedua tahun ini, bakal menawarkan dua varian enjin pengecas turbo: 3-silinder 1.0L (134hp, 180Nm), dan 4-silinder 1.4L (131hp, 215Nm). Harga anggaran adalah sekitar ¥100,000 (RM61,552).

GALERI

Related

958
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Geely, Geely Automobile Holdings Ltd, Geely SL, Geely SX11, Roda4, Sedan, Sedan kompak, SX11, Volvo

Comments

  1. Wak says

    February 19, 2018 at 8:42 AM

    Adakah ini Next Generation PROTON WAJA

    Reply
  2. Ahmad says

    February 19, 2018 at 1:13 PM

    Rebadge je. Sbb market x besar mana. Jgn lah bgnkan enjin mcm campro lg. R&d belanja besar. Lepas tu minyak tak jimat mana, performance x gi mana kecuali campro CFE la.. turbo campro mahal la pulak..

    baik ikut mcm perodua, pasang enjin toyota sendiri (x perlu import) lepas tu pasang d kereta perodua & toyota sendiri juga.. enjin eev, reliable terbukti

    Reply
  3. Alson P says

    February 19, 2018 at 8:58 PM

    Preve Replacement Model, model Preve sedia ada sudah boleh diganti dengan julat harga sama seperti model semasa..

    Model Exora juga perlu diganti dengan yang baru..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev