• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Impak Brexit, Jepun Mungkin Tidak Sudi Meniaga Lagi di UK

Impak Brexit, Jepun Mungkin Tidak Sudi Meniaga Lagi di UK

February 18, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

286
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEPUTUSAN Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), dipanggil Brexit, dijangka memberikan pukulan pedih terhadap industri automotif negara itu yang jelas akan memberi kesan ke atas perdagangan kerana eksport akan dikenakan caj.

Ini bermakna produk buatan Britain akan dijual lebih mahal apabila memasuki pasaran EU disebabkan caj eksport yangturut membabitkan produk automotif. Hal tersebut turut dimaklumkan Duta Besar Jepun di Britain, Koji Tsuruoka  kepada Perdana Menteri Britain, Theresa May.

BACA >>> Sedan Mewah Penuh Seni Jepun, Lexus LS (2018) Bakal Tiba! Tempahan Kini Dibuka

Sejak penduduk Britain mengundi untuk Brexit pada Jun 2016, Jepun menyatakan meninggalkan pasaran Britain kerana akan memberikan masalah kepada syarikat yang beroperasi dalam negara itu. Menurut Tsuruoka, Jepun mungkin menarik diri daripada pasaran sekiranya tidak menguntungkan.

Tsuruoka berkata, pengeluar Jepun kemungkinan besar meninggalkan Britain jika ada kekangan perdagangan pasca Brexit. Keadaan itu tidak menguntungkan atau merugikan pemain industri automotif Britain.

“Sekiranya tidak menguntungkan untuk meneruskan operasi di Britain, bukan saja Jepun, tetapi syarikat lain juga tidak mampu bertahan," katanya.

Dalam pertemuan antara Theresa May dan Tsuruoka serta beberapa pegawai tinggi Nissan Eropah, Honda Eropah dan Toyota Eropah, selain barisan eksekutif daripada 19 perusahaan Jepun, masing-masing menyatakan kebimbangan mengenai impak Brexit.

Jepun adalah kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia. Jika Brexit memberikan kesan negatif terhadap perniagaan luar, Jepun mungkin menjadi negara kedua selepas Australia yang meninggalkan pasaran Britain.

 

Related

286
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Brexit, Britain, Honda Eropah, Jepun, Jepun tinggalkan UK, Kesatuan Eropah, Nissan Eropah, Toyota Eropah, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev