MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan model terbaharu, Benelli TNT 135 LE edisi terhad ke pasaran tempatan. Hanya 1,000 unit dikeluarkan, motosikal fun bike ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna: hitam, putih dan merah.
Berbanding model sedia ada yang diperkenalkan pada Disember 2016, harga Benelli TNT 135 LE adalah RM1,998 lebih mahal, iaitu berharga RM9,988, tidak termasuk GST dan insurans. Sebagai perbandingan, Benelli TNT135 versi sedia ada dijual pada harga RM7,990 mengikutkan pengumuman harga pada majlis pelancaran lalu.
BACA >>> Benelli 402S - 'Ducati Diavel' Versi Mampu Milik
APA YANG MENARIK?
Benelli TNT 135 LE dilengkapi aksesori tambahan yang menjadikan jentera itu tampak lebih menarik dan garang. Bermula bahagian depan, ia didatangkan tuas brek dan klac bersama pelindung bar. Antara aksesori lain ditampilkan ialah penutup takungan cecair brek depan, bar gandar (axle bar) depan dan peg kaki merah.
Bahagian belakang juga hadir dengan beberapa aksesori tambahan seperti penutup minyak enjin dan penapis minyak, pelindung enjin, peg kaki baharu, penutup ekzos gentian karbon dan bar gandar belakang. Roda dipadankan rim aloi 12-inci dengan brek cakera depan dan belakang.
BACA >>> Benelli Leoncino 500 Kini di Malaysia - Harga RM27,999 Sahaja!
ENJIN TIDAK BERUBAH
Benelli TNT 135 LE masih lagi dipadankan enjin suntikan bahan api elektronik bersesaran 135cc dengan bantuan kotak gear manual 5-kelajuan berkuasa 13hp dan tork 10.8Nm.
Menarik tak Benelli TNT 135 LE? Siapa sudah jatuh cinta?
TNT135 Fuel Consumption says
Lawa special edition ini, kalau customize sendiri pun agak mahal dari cost versi SE ini.