• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Range Rover Sport P400e - SUV Pertama Lintas 'Gerbang Syurga' di Gunung Tianmen

Range Rover Sport P400e - SUV Pertama Lintas 'Gerbang Syurga' di Gunung Tianmen

February 20, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda tentang laluan menuju syurga dunia? Lokasi pintu gerbang batu semula jadi, dinamakan Gerbang Syurga (Heaven Gate), terletak di salah satu mercu tanda terkenal China yang memerlukan anda melepasi 99 selekoh jalan mendebarkan sebelum mendaki 999 anak tangga di Gunung Tianmen.

Rekod kali ini pelik sedikit kerana bukan manusia yang cuba merentasi laluan itu secara fizikal, tetapi dengan memandu Range Rover Sport hibrid plug-in (PHEV), sekali gus menjadi kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama dunia pernah tiba di puncak sana.

RENTASI JALAN NAGA

DragonChallenge_Range_Rover_Sport_PHEV_pandulaju0104
DragonChallenge_Range_Rover_Sport_PHEV_pandulaju0108
DragonChallenge_Range_Rover_Sport_PHEV_pandulaju0103

Cabaran bermula 11.3km sepanjang laluan pergunungan bengkang bengkok ke Gunung Tianmen, dikenali Jalan Naga (Dragon Road) dengan memandu Range Rover Sport P400e standard yang dipandu pelumba Panasonic Jaguar, Ho-Pin Tung.

Selepas selesai menamatkan cabaran Jalan Naga, pelumba Formula E itu perlu pula mengoptimumkan sepenuhnya ciri Respon Rupa Bumi (Terrain Response) pada cabaran kedua untuk menakluki  999 anak tangga yang kecerunan 45° sebelum tiba ke Gerbang Syurga. Perjalanan dibuat menggunakan kombinasi petrol Ingenium dan kuasa bateri elektrik.

Menurut Ho-Pin Tung, walaupun berpengalaman dalam Formula E, Formula 1 dan memenangi 24 Hours of Le Mans, tetapi cabaran kali memang pemanduan paling mencabar pernah dihadapinya.

"Range Rover Sport PHEV  beraksi cemerlang pada permukaan jalan berbukit dan dapat mendaki anak tangga dengan mudah."

Trenkuasa PHEV menawarkan emisi sifar dan jarak perjalanan kuasa elektrik sepenuhnya hingga 50km untuk isian cas penuh. Kuasa 295hp Ingenium daripada enjin petrol dan kuasa elektrik 114hp dioptimumkan sepenuhnya.

CABARAN SUKAR

Pakar Land Rover, Phil Jones mendakwa cabaran kali ini adalah paling sukar pernah beliau terlibat kerana segalanya belum pasti walaupun berjaya tiba di puncak.

"Sehingga sampai di penghujung barulah kami dapat membuktikan keupayaan sebenar model PHEV ini,"  katanya.

Cabaran Naga atau Dragon Challenge adalah antara siri yang ditamatkan Range Rover Sport selepas model PHEV itu muncul dalam perlumbaan menentang juara renang dunia dua kali, Keri-anne Payne dan atlet enduran, Ross Edgley di Devon, Britain. Ekspedisi terdahulu membabitkan cabaran mendaki bukit di Pikes Peak, Amerika Syarikat dan meredah padang pasir di Semenanjung Arab.

VIDEO
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2018/02/5a9dde5a-0839-4cfc-bf36-d10c286e029d.mp4

GALERI

Related

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Dragon Challenge, Gerbang Syurga, Heaven Gate, hibrid plug-in, Ho-Pin Tung, Jaguar Land Rover, PHEV, Range Rover, Range Rover Sport, Range Rover Sport P400e, Range Rover Sport PHEV, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev