MALAYSIA ialah negara kedua yang menyumbang jualan kenderaan tertinggi Honda selepas Pakistan. Bagaimanapun, jenama itu kurang memberangsangkan di Indonesia apabila mencatatkan penurunan jualan walaupun beberapa model mencatatkan kenaikan.
Pada Januari lalu, Honda Prospect Motor (HPM) mencatatkan jualan 13,572 unit kenderaan dan merosot 19 peratus berbanding bulan sama tahun lalu (16,896 unit). Pada awal 2018, kenderaan Kereta Hijau Kos Rendah (LCGC) dan kereta bandar (city car) menjadi tulang belakang jualan Honda di Indonesia menerusi model Brio dan Brio Satya.
BACA >>> Honda - Kereta Import Nombor 1 Malaysia, Tahun Ketiga Berturut-Turut
Model Brio Satya misalnya ialah produk termurah HPM yang mencatatkan jualan 4,377 unit, meningkat berbanding Disember 2017 (3,977 unit). Model bukan LCGC pula, iaitu Brio dijual 1,427 unit berbanding bulan terdahulu, 582 unit sahaja.
Model HR-V yang menjadi jagoan Honda dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) mencatatkan peningkatan, 2,645 unit berbanding jualan Disember 2017 (2,294 unit). Jualan model lain yang turut meningkat ialah Honda Jazz, 168 unit menjadi 1,195 unit. Civic Turbo hatchback pula terjual 261 unit berbanding 24 unit pada Disember 2017, manakala Mobilio (1,874 unit) dan BR-V (185 unit).
MODEL SEDAN MEROSOT TERUK
Sebaliknya, Civic Turbo sekadar terjual 187 unit, manakala Honda City facelift , 140 unit. Segmen premium yang diisi Accord pula cuma berhasil mencatatkan jualan 10 unit. Jadi, walaupun produk Honda dalam segmen LCGC, termasuk city car, laris di pasaran, itu masih belum membantu jualan Honda secara keseluruhan sepanjang Januari 2018 di Indonesia.
BACA >>> Honda HR-V Facelift Hampir Pasti Lancar di Malaysia Tahun Ini
HPM nampaknya perlu berusaha keras kerana pesaing lain dalam segmen kenderaan penumpang bakal memperkenalkan model-model baharu tahun ini.
Leave a Reply