• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Skoda Fabia Facelift (2018) dengan Wajah Lebih Segar, Cuma Enjin Petrol NA dan Turbo

Skoda Fabia Facelift (2018) dengan Wajah Lebih Segar, Cuma Enjin Petrol NA dan Turbo

February 10, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS menyiarkan previu pertama bulan lalu, Skoda kali ini mendedahkan pula imej penuh Fabia versi dipertingkat atau facelift. Model hatchback itu bakal debut pada Pameran Motor Geneva 2018, bulan depan dengan menampilkan perubahan luaran dan dalaman menarik, termasuk kejutan di sebalik bonet.

Fabia facelift kini cuma menampilkan enjin petrol 3 sebaris 1.0L dengan empat talaan daripada dua konfigurasi enjin berbeza seperti berikut:

  1. Aspirasi Natural (NA) - 60hp dan 75hp
  2. Pengecas Turbo - 95hp dan 110hp

BACA >>> #RetroAuto: Mohor Kaum Asli Amerika Jadi Sumber Ilham Logo Škoda

Fabia facelift (2018) bukanlah hatchback segmen-B pertama yang mengetengah trenkuasa 3-silinder, tetapi keputusan Skoda meninggalkan enjin diesel yang sinonim dengan jenama itu agak mengejutkan. Namun menurut kenyataan pengeluar dari Republik Czech itu, pembangunan enjin petrol 3-silinder yang digunakan adalah setanding kecekapan bahan api ditawarkan enjin diesel.

Bersama enjin baharu, Skoda melengkapkan Fabia facelift (2018) dengan unit infotainment dengan paparan skrin 6.5-inci dan ciri teknologi terkini seperti Pengesan Titik Buta (BSD), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHBS).

BACA >>> Kereta Terlaris Eropah 2016 - VW Popular, Tapi Skoda Paling Laku

Kemasan dalaman juga diperbaharui, termasuk kluster instrumen yang keseluruhan pakej tampil berbeza berbanding model sedia ada dari segi gaya. Paling ketara penampilan lampu LED pada bahagian depan dan belakang.

Masih lagi menawarkan gaya badan hatchback 5-pintu dan wagon Combi (but lebih luas, foto putih), pengemaskinian terbaharu Fabia facelift (2018) dibuat supaya kembali relevan dengan pasaran semasa sebelum model terbaharu diperkenalkan dalam beberapa tahun akan datang. Rekabentuk Fabia ini sudah diperkenalkan sejak 2014.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback, hatchback segmen-B, Pameran Motor Geneva 2018, Roda4, Segmen B, ŠKODA, Skoda Fabia, Skoda Fabia facelift (2018)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my