• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Mercedes GLA 200, Kecil Tapi Menawan

#PanduUji: Mercedes GLA 200, Kecil Tapi Menawan

March 27, 2018 By Abang GYL 1 Comment

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Pandu uji Mercedes GLA 200 MalaysiaJIKA dulu jenama Mercedes-Benz sering dikaitkan sebagai kereta 'orang tua'. Ya, kami akui rekabentuk jenama itu agak old-school dan hanya sesuai untuk 'bos-bos' besar yang sudah berumur.

Tapi itu tanggapan yang dulu. Lebih tepat mungkin 10 tahun lalu. Sekarang jenama Mercedes-Benz bukan lagi seperti dahulu. Rekabentuk yang ditampilkan kini semakin bergaya dan futuristik sehingga membuatkan anak-anak muda terpikat melihatnya. Kami turut tidak terkecuali apabila sentiasa dihidangkan dengan pelbagai model terkini daripada Mercedes-Benz.

Mercedes GLA 200 Urban misalnya. Walaupun ia adalah 'adik bongsu' dalam ahli keluarga Mercedes-Benz Malaysia, namun rekaannya berjiwakan sporty serta memiliki karakter dinamik. Generasi baharu GLA dilihat  sesuai buat mereka yang memiliki gaya hidup aktif.

Harga Mercedes GLA 200 MalaysiaTAMPAK MACAM SUV, TAPI BUKAN

Apabila kali pertama bertentang mata bersamanya, ia nampak seakan SUV, tapi pada masa sama tampak seperti model hatchback. Rekabentuknya berjaya tarik perhatian saya.

Hadir dengan lampu hadapan LED, Mercedes GLA200 turut dilengkapi spesifikasi Urban Line dengan rim aloi 19-inci warna hitam mayang (matt black) dan kemasan lapisan kilat. Sekali pandang, memang nampak garang.

Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah pada bahagian dalam kabin. Apabila tiba waktu malam, kesemua kerusi berbalut fabrik itu akan ditemani dengan cahaya lampu berwarna. Secara tidak langsung menjadikan Mercedes GLA 200 ini tampak eksklusif.

Rekaan dalaman lain seperti papan pemuka masih sama seperti barisan ahli keluarga Mercedes-Benz yang lain.

Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia

MUDAH DIKENDALI

Sepanjang hampir dua minggu diberi peluang memandu uji Mercedes GLA 200, saya seakan rasa sudah serasi dengannya. Enjin 1.6L turbo dengan kuasa 156hp pada 5,300rpm dan tork 250Nm (1,250-4,000rpm) dianggap sudah memadai buat si kecil ini.

Kuasa dihamburkan tidaklah terlalu berkuasa. Begitu juga sebaliknya. Orang cina kata, ngam-ngam hoo. Bagi mereka kaki pecut mahupun inginkan kenderaan berteraskan kelajuan, Mercedes GLA 200 ini mungkin tidak bersesuaian untuk anda.

Mercedes GLA 200 ini lebih sesuai bagi mereka yang inginkan pemanduan santai dan pada masa sama mahukan rekaan menarik. Dalam erti lain, model ini lebih sedap dipandu dengan santai dan tidak tergesa-gesa.

Selain itu, Mercedes GLA 200 turut hadir dengan sistem suspensi off-road baharu di mana ia mampu memberi karakter tambahan bahawa model ini sesuai untuk laluan pelbagai permukaan. Tak kira laluan kampung mahupun bandar, ia langsung tidak jadi penghalang.

Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia

KESELAMATAN PREMIUM

Aspek keselamatan turut tidak dilupakan. Mercedes GLA 200 ini dilengkapi Bantuan Brek Aktif (Active Brake Assist) sebagai ciri standard yang berfungsi mengeluarkan amaran jika kereta dipandu terlalu hampir dengan kenderaan depan.

Jika tiada respon atau pemandu terlalu lambat bertindak, kereta akan membrek automatik bagi mengelakkan perlanggaran. Selain itu, GLA 200 turut dipasangkan Bantuan Perhatian (Attention Assists) sebagai ciri standard yang mampu mengesan situasi pemandu mengantuk menerusi tindak balas stereng dan beri amaran jika mereka dikesan seakan terlelap. Canggih bukan?

Bagi anda yang mungkin tercari-cari kereta mewah tetapi pada harga mampu milik, Mercedes GLA 200 boleh disenarai pendek. Pada harga RM239,888, kami boleh anggap ia berbaloi. Bagaimanapun, anda masih mempunyai pilihan lain pada bajet berkenaan. Apapun, pilihan di tangan anda, Tepuk dada, tanya selera!

GALERI

Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Harga Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
Pandu uji Mercedes GLA 200 Malaysia
pandu uji mercedes GLA 200

Related

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: harga Mercedes GLA 200, Mercedes GLA 200, Mercedes GLA 200 malaysia, pandu uji Mercedes GLA 200, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev