• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MPV Wuling Cortez (2018) Rasmi Lancar di Indonesia, Harga Bermula Rp213 Juta (RM61k)

MPV Wuling Cortez (2018) Rasmi Lancar di Indonesia, Harga Bermula Rp213 Juta (RM61k)

February 9, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN pelbagai guna (MPV) buatan China, Wuling Cortez (2018) selamat dilancarkan untuk pasaran Indonesia yang boleh dianggap sebagai percaturan bijak kerana mengambil kira pasaran segmen MPV kompak di negara jiran itu. Cuma tidak diketahui penampilan dan kualiti MPV tersebut mampu menambat cita rasa pembeli di sana.

Dibawakan PT SGMW Motors Indonesia, Cortez (2018) dijual pada harga bermula Rp218 juta dengan trenkuasa dijana enjin 4-silinder 1.8L berkuasa 129hp dan tork 174Nm. Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan manual dan i-AMT dengan padanan opsyen mod Eco dan Sport.

BACA >>> Spesifikasi Wuling Cortez Versi Indonesia Didedahkan, Bakal Lancar Januari 2018

Menggunakan tagline 'The New Choice of MPV' - (Pilihan MPV Baharu), Cortez (2018) ialah produk kedua Wuling selepas Confero yang tampil dengan rekabentuk mewah dan premium, termasuk dilengkapkan ciri teknologi termaju yang jarang dimiliki pesaing sekelas lain seperti hab infotainment dengan skrin sentuh 8-inci berserta navigasi GPS.

Ruang kabin dilengkapkan kerusi kulit dan material lembut pada papan pemuka. Malah model MPV ini turut disiapkan dengan bumbung suria dan parkir elektrik.

BACA >>> Indonesia Terkejut, Harga Wuling Cortez Dijangka Rp190 juta (RM57,336) Sahaja!

HARGA WULING CORTEZ (2018):

  • 1.8C MT - Rp213 juta (RM61,394)
  • 1.8C i-AMT - Rp228 juta (RM65,717)
  • 1.8C Luxury i-AMT - Rp233 juta (RM67,159)
  • 1.8L Luxury MT - Rp254 juta (RM73,211)
  • 1.8L Luxury i-AMT - Rp264 juta (RM76,094)
GALERI
Wuling-cortez-indonesia-launch (1)
Wuling-cortez-indonesia-launch (1)
Wuling-cortez-indonesia-launch (2)
Wuling-cortez-indonesia-launch (3)
Wuling-cortez-indonesia-launch (4)
Wuling-cortez-indonesia-launch (5)
Wuling-cortez-indonesia-launch (6)

Related

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Cortez, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4, Wuling, Wuling Cortez, Wuling Cortez (2018)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev