• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 5 Fakta Pantas Tentang Ford Ranger Raptor (2018), Debut di Thailand

5 Fakta Pantas Tentang Ford Ranger Raptor (2018), Debut di Thailand

February 8, 2018 By Admin PanduLaju 4 Comments

676
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD Ranger Raptor (2018) baru saja didedahkan di Thailand yang terkenal sebagai lokasi hab pengeluaran terbesar bagi trak pikap saiz pertengahan seperti Ranger. Malah Negara Gajah Putih itu turut menjadi tempat kelahiran model baharu tersebut, yang boleh dianggap sebagai adik kepada F-150 Raptor dan lebih premium berbanding Ranger.

Berikut 5 fakta pantas tentang Ford Ranger Raptor (2018) yang perlu anda tahu:

1. PRESTASI OFF-ROAD LEBIH LASAK, LANCAR

Model ini dirombak secara besar-besaran daripada Ranger T6, dan dibekalkan enjin 2.0L Bi-Turbo diesel berkuasa 210hp dan tork 500Nm. Padanan kotak gear automatik 10-kelajuan menawarkan nisbah gear lebih lancar selain menambah baik aspek pecutan dan respon kuasa, manakala anjakan transmisi jadi lebih pantas.

Sistem transmisi trak pikap itu juga dimuatkan sistem anjakan gear adaptif serba baharu yang membolehkan transmisi ditukar tepat pada masanya. Pedal syif dijadikan ciri standard bagi memudahkan pemanduan manual.

2. TAYAR DAN SISTEM BREK

ford-ranger-raptor-2018-enjin
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (11)
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (12)

Bahagian roda Ranger Raptor dipasangkan rim aloi rekaan khas, Raptor 17-inci dan dibalut tayar all-terrain BF Goodrich 285/70 R17. Sistem pembrekan menggunakan brek cakera 332mm dengan kaliper brek 2-piston di depan, dan brek cakera 332mm dengan kaliper master di belakang.

3. CIRI OFF-ROAD DIPERTINGKAT

Bampar belakang disepadukan bar tunda dan dua lubang cangkuk (recovery hook) dengan kekuatan 3.8 tan bersama kapasiti tundaan 2.5 tan. Bagi memastikan bahagian bawah kereta kekal lasak, Ford meletakkan plat bash daripada keluli kekuatan tinggi setebal 2.3mm berserta plat gelincir (skid plate) dan kotak pindah (transfer case) bagi melindungi radiator. Ciri lain diberikan ialah Stereng Bantuan Kuasa Elektronik (EPAS), sistem Pacuan Aksesori Depan (Front End Accessory Drive - FEAD), cross-member depan, takung enjin (engine sump) dan diferensial depan.

4. PENAMPILAN AGRESIF

Dari segi dimensi, Ranger Raptor memiliki ketinggian 1,873mm, lebar (2,180mm) dan panjang (5,398mm). Lebar trek tayar depan dan belakang ialah 1,710 mm (lebih lebar 150mm berbanding Ranger), manakala jarak tinggi tanah, 283mm.

Rekabentuk luaran trak pikap ini diserlahkan menerusi penampilan gril depan hitam dengan frem unik yang tertera huruf FORD besar. Liang udara pada lampu kabus LED berfungsi mengurangkan rintangan angin ketika memecut lagi. Kerusi semi-bucket pula direka untuk keselesaan pemanduan off-road, manakala ruang kabin diberikan kemasan trim benang biru di beberapa bahagian.

Ada 6 pilihan warna ditawarkan:

  • Lightning Blue (biru)
  • Race Red (merah)
  • Shadow Black (hitam)
  • Frozen White (putih)
  • Conquer Grey (kelabu).
  • Blue Oval (biru) - warna baharu

5. TEKNOLOGI PEMANDUAN CANGGIH

Ranger Raptor (2018) menawarkan Sistem Pengurusan Rupa Bumi atau Terrain Management Sistem (TMS) dengan 6 mod pemanduan yang terbahagi kepada dua opsyen utama.

Opsyen pertama ada 2 mod: Normal dan Sport, manakala opsyen kedua terbahagi kepada 6 mod off-road: Grass | Gravel | Snow, Mud | Sand, Rock dan Baja.

Di tengah papan pemuka ialah paparan skrin sentuh 8-inci dengan SYNC 3, dengan monitor kamera undur, manakala ciri bantuan keselamatan dilengkapi Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Treler Lengkuk (TSC), Bantuan Daki Bukit (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Kawalan Adaptif Beban (LAC).

Bilakah model ini akan tiba di Malaysia? Apakah akan dibawa masuk ke Malaysia?

GALERI
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (2)
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (3)
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (4)
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (5)
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (6)
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (7)
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (12)
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (10)
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (1)
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (11)
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (8)
Ford-Ranger-Raptor-Thailand (9)
ford-ranger-raptor-2018-enjin

Related

676
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 4x4, Ford, Ford F-150 Raptor, Ford Malaysia, Ford Ranger, Ford Ranger Raptor (2018), pickup truck, Ranger, Ranger Raptor, Roda4, SIME Darby Auto Connexion (SDAC), Thailand, Trak pikap

Comments

  1. Man says

    February 8, 2018 at 9:11 PM

    Kalau aku beli raptor ni, mesti org ingat aku bawak hilux.. asal pikap double cab je panggil hilux..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev