SEPERTI biasa, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan tiga warna berserta corak grafik baharu bagi skuter Yamaha Ego Avantiz 2018.
Model skuter itu, yang diperkenalkan sejak Julai 2016, kini dipadankan tiga pilihan warna baharu - merah, biru dan kuning. Bagaimanapun, harga Ego Avantiz 2018 kekal tidak berubah, dijual pada harga RM5,717.64, termasuk GST (tanpa insuran, cukai jalan dan nombor pendaftaran).
BACA >>> Yamaha Ego Avantiz: Ketahui Fakta dan Ciri Wow Si Lagak Ekstrem
Begitu juga aspek mekanikal, Ego Avantiz 2018 dikuasakan enjin 125cc SOHC silinder tunggal, 4-lejang dan penyejukan udara yang meletakkan skuter itu sebagai model asas kerana tidak dilengkapkan sistem penyejukan cecair, sama seperti Ego S yang lebih mahal.
Seperti model Yamaha lain, Ego Avantiz 2018 turut dilengkapi teknologi BLUECORE yang menjanjikan lebih pecutan kuasa dan penggunaan bahan api efisien.
Leave a Reply