• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Tukarkan Model SUV dan Sport Jadi Kereta Salji (Khas Buat 'Hobi Kami Mahal')

Nissan Tukarkan Model SUV dan Sport Jadi Kereta Salji (Khas Buat 'Hobi Kami Mahal')

February 6, 2018 By Han Othman Leave a Comment

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN sudah bosan terlalu asyik mengeluarkan produk kereta atas jalan, Nissan membuat keputusan menghasilkan dua model kereta salji yang akan ditayangkan pada Pameran Auto Chicago 2018 nanti.

Model pertama dibina berasaskan 370Z Roadster, dinamakan 370Zki, dengan menanggalkan keempat-empat roda asal dan digantikan dengan gelungsur ski di depan dan tayar trek Dominator (buatan American Track Truck) berbentuk segi tiga di belakang, manakala profil kereta ditinggikan 3 inci. Kini kereta sport konvertibel salji itu sudah bersedia meredah mana-mana permukaan ais pada bila-bila masa.

nissan-370zki-02
nissan-370zki-07
nissan-370zki-01

370Zki turut dipasangkan cagakan (mounting) kustom untuk suspensi belakang, termasuk menggunakan penjarak (spacer) kustom 3 inci untuk memuatkan gelungsur salji pada hab roda. Walaupun brek asal dikekalkan, pelapik brek diubah suai, dan posisi ekzos diletakkan bawah kenderaan.

BACA >>> 5 Fakta Pantas Tentang Nissan X-Trail X-Tremer, Baru Lancar di Malaysia

Suspensi 370Zki turut dilaraskan supaya ketinggian bersesuaian dengan karakter pemanduan baru. Adapter digunakan untuk membolehkan travel yang sesuai dipasang, termasuk membolehkan gelungsur ski dipusingkan. Keseluruhan badan kereta sport salji ini dibalut pelekat grafik jingga kekuningan rekaan Icon Image Graphics, dan lampu utama dikuningkan, meniru seakan gogel peluncur ski.

ARMADA SNOW PATROL

nissan-armada-snow-patrol-14
nissan-armada-snow-patrol-12
nissan-armada-snow-patrol-06
nissan-armada-snow-patrol-08
nissan-armada-snow-patrol-07

Model kedua pula kenderaan utiliti sukan (SUV), dinamakan Armada Snow Patrol. Kereta off-road itu, dibina berasaskan SUV saiz penuh, Nissan Armada (2018), dipasangkan rim Cognito Series 61 bersaiz 20-inci dengan kemasan hitam satin dan tayar off-road Pro Comp MT2. Selain mengubah suai cengkaman untuk permukaan atas salji, Nissan turut meninggikan suspensi sebanyak 2-inci di depan dan 1 inci di belakang.

Bampar depan digantikan 'bar lembu' (bull bar) baharu, win 5.4 tan dan bar lampu LED. Menambahkan imej ranggi jentera ini ialah lampu kabus LED 5-inci, pemijak tepi kustom, slider batu, dan bar lampu LED besar atas rak bumbung. Seluruh rupa badan pula dibalut warna biru cerah.

BACA >>> Nissan Buktikan Kehebatan Teknologi ProPILOT, Selipar Pun Boleh Parkir Sendiri

Beberapa perubahan dalaman turut dilakukan, misalnya, kerusi dan panel pintu ditrim semula dengan kulit baharu, manakala logo Armada Snow Patrol disulam di sebalik kerusi belakang.

Apa yang pasti kehadiran Nissan 370Zki dan Armada Snow Patrol itu pastinya menarik perhatian pengunjung yang datang ke Pameran Auto Chicago 2018 nanti. Kalau di Malaysia, sudah tentu peminat negara ini menantikan kelibat Almera versi jetski. Kalaulah ada, pasti ramai yang terpesona melihatnya! Hmmm...

GALERI

 

 

Related

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: kereta salji, kereta salju, Nissan, Nissan 370Zki, Nissan Armada Snow Patrol, Pameran Auto Chicago 2018, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev