• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pembeli ke 18,000, Wai Cheng Jual Accord Lama, Pilih Myvi 1.5L AV

Pembeli ke 18,000, Wai Cheng Jual Accord Lama, Pilih Myvi 1.5L AV

February 5, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBENTAR tadi Perodua menyerahkan model Myvi 1.5L AV kepada Wong Wai Cheng, 25, dari Negeri Sembilan yang merupakan pemilik ke 18,000 model hatchback baharu keluaran pengeluar nasional itu. Wai Cheng menempah Myvi warna merah (Lava Red) pada November lalu, dan perlu menunggu tiga bulan sebelum memiliki kereta idaman tersebut.

Menariknya, Wai Cheng menukar beli (trade-in) keretanya, Honda Accord (2004) untuk memiliki model pertamanya daripada jenama Perodua. Menurutnya, dia sudah mengetahui ketibaan Myvi baharu sejak November tahun lalu, dan langsung menempah model tersebut.

"Saya tak buat survei model lain pun untuk ganti kereta lama. Rekabentuk Myvi ini paling saya suka.

"Saya suka kerusi kulit, kamera undur, pembaca kad tol dan 6-beg udara," katanya sambil mengakui turut dipengaruhi teman wanitanya yang sukakan Myvi baharu.

Myvi Lava Red dan varian 1.5 AV ialah model paling mendapat sambutan hingga menyebabkan tempoh menunggu varian warna itu perlu mengambil masa 2-3 bulan. Bagaimanapun, pelanggan yang membeli varian 1.3L dan 1.5L H tidak perlu menunggu lama. Penghantaran boleh dibuat dalam tempoh dua minggu.

BACA >>> Raja Jalanan Kembali Gegar! Perodua Myvi (2018) Dilancarkan! [7 Fakta Ekspres + Foto Rasmi]

PERMINTAAN DI LUAR JANGKAAN

perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, momentum tempahan dijangka berlanjutan hingga perayaan Hari Raya Aidilfitri, dan tempoh menunggu masih dalam tempoh 2-3 bulan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?

"Buat masa ini pekerja pengeluaran perlu bekerja lebih masa (OT), termasuk Sabtu secara diselang seli untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Dengan perancangan produk, diharapkan dalam tempoh 2-3 bulan lagi situasi akan kembali stabil dan pembeli tidak perlu menunggu terlalu lama," katanya.

Perodua mendakwa menerima tempahan Myvi serba baharu melebihi 48,000 unit sejak dilancarkan, dan setakat ini sudah 20,000 unit sudah dihantar kepada pelanggan. Aminar turut memohon maaf kepada pelanggan yang masih belum menerima kereta mereka dan akan berusaha mempercepatkan proses pengeluaran hingga permintaan stabil.Wong Wai Cheng

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Datuk Aminar Rashid Salleh, harga perodua myvi baru, Myvi baru, Perodua, Perodua Myvi (2018), Roda4, tempahan perodua myvi baharu, Wong Wai Chen

Comments

  1. Amran says

    February 6, 2018 at 3:35 PM

    Pemilik accord beli myvi, pemilik proton saga/persona/iriz beli myvi, pemilik vios pun tukar myvi, pemilik kancil tukar myvi, pemilik polo pun tukar myvi.. tahniah myvi! Ikon sebenar rakyat malaysia!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev