• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai UK Lancar 4 Model Edisi Khas - Go! SE Sempena Piala Dunia 2018

Hyundai UK Lancar 4 Model Edisi Khas - Go! SE Sempena Piala Dunia 2018

February 6, 2018 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI UK melancarkan barisan edisi khas Go! SE, terdiri daripada 4 model berbeza sebagai menyokong penajaan pengeluar automotif dari Korea itu sempena Piala Dunia 2018 di Rusia.

Selain mengetengahkan kualiti premium sebagai ciri standard, model Go! SE turut menampilkan rekaan upholsteri fabrik eksklusif dan lambang badan, serta ditawarkan dalam pelbagai warna, termasuk biru spesial, Champion Blue Metallic. 

BACA >>> #PanduUji: Hyundai Elantra 2.0 Executive (2017) - Pemanduan Penuh Gaya dan Bersahaja

Model paling ekonomi ialah i10 Go! SE, dijual pada harga £11,285 (RM61,706) yang memuatkan enjin petrol 1.0L berkuasa 65hp, rim aloi 14-inci, perumah cermin sisi hitam, cermin penumpang belakang gelap, skrin sentuh navigasi satelit 7-inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, roda stereng dan tombol gear kulit, siling dan upholsteri hitam. Ada 4 warna pilihan ditawarkan: Champion Blue (biru), Stardust Grey (kelabu), Phantom Black (hitam) dan Polar White (putih).

PENAMPILAN SERUPA

Model diatas segmen supermini ialah i20 Go! SE, berharga £14,335 (RM78,383), didatangkan dengan enjin 1.2L berkuasa 82hp, rim aloi 15-inci, cermin sisi hitam kilat, cermin penumpang belakang gelap, lampu utama projektor, lampu siang (DRL) LED dan gril radiator gaya 1.0 T-GDi.

Ruang dalaman i20 Go! SE pula dilengkapkan paparan skrin sentuh 7-inci, siling bumbung hitam, upholsteri fabrik Go! SE dan perehat tangan di konsol tengah. Ciri tambahan lain ialah lampu utama automatik, bila pengelap automatik dan cermin pandang belakang malap automatik. Warna ditawarkan adalah sama seperti i10 Go! SE.

Kepada mereka yang mahukan lebih ruang, bolehlah memilih i30 Go! SE, dipacu enjin 1.0L T-GDi berkuasa 118hp dan tampil dalam gaya badan Hatchback dan Tourer pada harga bermula £20,100 (RM109,906) dan £20,600 (RM112,640) setiap satu.

BACA >>> Teaser Hyundai Santa Fe (2019) Versi Lakaran, Serius Cantik!

Asasnya, i30 Go! SE dibina berasaskan model i30 SE Nav dengan tambahan rim aloi 17-inci,bampar depan daripada i30 fastback, [erumah cermin sisi hitam kilat, cermin penumpang belakang gelap, siling bumbung hitam, upholsteri fabrik Go! SE dan kawalan suhu dengan operasi dual-zon.

Warna badan pula sama seperti dua model Go! SE di atas kecuali Stardust Grey, digantikan Micron Grey.

Akhir sekali ialah model kenderaan utiliti sukan (SUV), Tucson Go! SE berharga £24,300 (RM132,872), juga dibina berasaskan varian SE Nav dengan tambahan ciri seperti rim aloi 19-inci, perumah cermin sisi hitam kilat, dan cermin penumpang belakang gelap, siling bumbung hitam, upholsteri fabrik Go! SE, aksen fascia dalaman warna perak gelap, bilah pengelap automatik, dan cermin padang belakang malap sendiri. Ada empat trenkuasa berbeza ditawarkan, termasuk warna badan sama seperti i30.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Go! SE, hyundai, Hyundai Go! SE, Hyundai i10 Go! SE, Hyundai i20 Go! SE, Hyundai i30 Go! SE, Hyundai Tucson Go! SE, Piala Dunia, Piala Dunia 2018, Piala Dunia Rusia 2018, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev