NISSAN X-Trail X-Temer baru saja diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan melakukan beberapa kemas kini rupa dan kemasan menarik supaya tempil lebih segar di pasaran. Pengenalan model versi segar semula itu disasarkan khas kepada pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan imej lebih sofistikated.
Berikut 5 perkara menarik tentang Nissan X-Trail X-Tremer:
1. KEMAS KINI LUARAN & DALAMAN
- Kemasan warna badan baharu dua tona - Passion Red (merah) dan hitam.
- Kemasan hitam dicat pada rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi , rim aloi lima jejari 17-inci dan bumbung dengan siluet hitam baharu.
- Kemasan X-Face pada bahagian depan
- Dipasang pelindung bampar belakang berwarna krom baharu
- Kerusi kulit Nappa hitam yang mewah.
2. VARIAN & HARGA
X-Trail X-Tremer didatangkan dalam dua varian:
- 2.0L 2WD - RM141,450
- 2.5L 4x4-i - RM163,650
* Termasuk GST tanpa insurans
3. WARANTI TANPA HAD PERBATUAN
Setiap pembelian X-Trail X-Tremer disertakan bersama waranti 5 tahun tanpa had perbatuan. Aksesori yang dipasang dari kilang turut diberikan jaminan, selama 3 tahun atau perbatuan 100,000km (mana satu tiba dahulu).
4. CIRI KESELAMATAN
- Ada ciri Nissan Intelligent Mobility, terdiri daripada Monitor Pandang Keliling Pintar (Intelligent Around View Monitor - IAVM) yang memaparkan sudut pandangan 360° sekeliling kereta bagi memudahkan kerja memarkir.
- Kawalan Pandu Pintar (Intelligent Ride Control - IRC) berfungsi mengurangkan tahap olengan ketika melalui laluan tidak rata dengan mengawal kuasa tork enjin dan brek.
- Sistem Brek Enjin Pintar (Intelligent Engine Brake - IEB) akan mengubah suai jumlah brek enjin untuk mengurangkan pecutan ketika mengambil selekoh atau berhenti.
- Kawalan Jejak Pintar (Intelligent Trace Control - ITC) - Ciri pertama Nissan yang berfungsi mengenakan sedikit tekanan brek pada roda untuk mengurangkan masalah belokan kurang atau understeer.
- Sistem 4x4 Pintar (Intelligent 4x4) atau 4x4-i pula menawarkan opsyen mod tetap 2WD, Auto Mod (mod 2WD dan 4WD mode) atau Lock Mod (pacuan semua roda atau AWD sepanjang masa) untuk keseronokan memandu ekstrem dan keselamatan terbaik walaupun atas jalan tidak sempurna.
- X-Trail mendapat penarafan 5-bintang dalam Asean-NCAP.
5. AKSESORI
Pemilik Nissan X-Trail sedia ada (untuk varian Comfort, Aero Edition dan Premium Impul), yang mahu menaik taraf X-Trail boleh membeli aksesori X-Tremer secara berasingan. Berikut ialah harga aksesori X-Tremer (termasuk GST):
- Kemasan X-Face Depan - RM700
- Pelindung Bampar Belakang Krom - RM300
Leave a Reply