• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peraturan Tayar Baharu Buatkan MotoGP 2018 Jadi Kurang Dramatik?

Peraturan Tayar Baharu Buatkan MotoGP 2018 Jadi Kurang Dramatik?

February 1, 2018 By Aryon Leave a Comment

816
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Tahun lalu, Maverick Vinales memenangi tiga daripada lima perlumbaan pertama MotoGP 2017 dan tempat kedua dalam perlumbaan ke-6. Namun, bermula siri perlumbaan ke-7, pencapaian hebat pelumba yang digelar 'budak ajaib' itu tiba-tiba merosot. Kenapa?

Sebabnya, Michelin mengubah pembinaan tayar jentera lumba milik pelumba dari Sepanyol itu. Sejak itu, pencapaian Vinales tidak lagi cemerlang seperti awal musim. Pelumba Australia, Casey Stoner juga pernah mengecam perubahan tayar dilakukan Bridgestone ketika saingan MotoGP memasuki pertengahan 2012 hingga menjejaskan pencapaiannya musim itu.

Bagi kebanyakan kita, tayar cumalah kompaun getah berbentuk bulat dan hitam, tetapi bagi pelumba profesional, tayar adalah seperti instrumen muzik yang perlu ditala sempurna dengan motosikal.

BACA >>> Hafizh Syahrin Bakal ke MotoGP? Kini dalam Senarai Utama Pasukan Yamaha

michelin-tayar-motogp-2017-2
tayar-motogp-2017
Divers Team Michelin MotoGP 2016photo: MICHELIN

Kini MotoGP menetapkan peraturan tayar baharu bagi musim 2018 untuk menghalang pembuat tayar melakukan sebarang perubahan ketika saingan sedang berlangsung.  Ini bermakna, Michelin tidak dibenarkan melakukan sebarang perubahan ke atas tayar jenama itu melainkan perubahan kecil mengikut situasi permukaan dan struktur trek yang berbeza.

Perubahan tayar baharu itu juga seiring dengan peraturan enjin dan elektronik yang terlebih dahulu ditetapkan. Keputusan tersebut dibuat bagi memuaskan hati semua pasukan yang bertanding selain mengurangkan kos.

Ada yang mendakwa peraturan tayar baharu itu akan mengurangkan faktor dramatik dalam saingan MotoGP. Peraturan tersebut dijangka membuatkan keputusan perlumbaan musim ini jadi lebih mudah dijangka berbanding perlumbaan terdahulu.

Apa kata anda?

SUMBER: Motorcycle.com

Related

816
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Casey Stoner, Maverick Viñales, MotoGP 2018, roda2, Tayar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev