• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz Malaysia Catat Jualan Tertinggi Sejak Penubuhan - 12,045 Unit Terjual

Mercedes-Benz Malaysia Catat Jualan Tertinggi Sejak Penubuhan - 12,045 Unit Terjual

February 2, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

379
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mencatatkan rekod jualan tertinggi, 12,045 unit sepanjang 2017 sejak penubuhan syarikat itu pada 2013 dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 2.3 peratus berbanding 2016. Pencapaian itu meletakkan jenama Jerman tersebut sebagai pendahulu segmen premium dengan perkongsian pasaran sebanyak 2.3 peratus.

Berikut ialah model yang menyumbang kepada angka jualan tertinggi Mercedes-Benz:

  • Limosin - 7,041 unit
  • Kenderaan utiliti sukan (SUV) - 2,599 unit
  • Kompak - 2,031 unit
  • Barisan model 'Mercedes-Benz Dream Cars' - 374 unit

BERIKAN PRODUK TERBAIK

Kejayaan dicapai menerusi pendekatan strategi berpusat pelanggan dan hasil kerja berpasukan MBM, termasuk rakan-rakan pengedar. Timbalan Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine berkata, pihaknya memahami keperluan pelanggan sasaran untuk memberikan produk terbaik. Tahun lalu, 17 model dilancarkan.

“Pengalaman pemilikan dipertingkatkan menerusi pelancaran dan naik taraf 9 pusat jualan, termasuk wakil jualan baru, Auto Commerz Sdn Bhd.

“Hasilnya, kami berjaya mencapai prestasi terbaik dalam sejarah MBM dan akan terus melabur dalam pembangunan bahagian utama termasuk teknologi, pengeluaran dan perkhidmatan,” katanya.

Selain itu, kejayaan berterusan itu turut disumbangkan pemilikan mudah menerusi penyelesaian kewangan dan insurans. Bagi 2017, MBM membiayai empat daripada 10 kenderaan Mercedes-Benz yang dijual, dan mempunyai portfolio servis bernilai RM2.2 bilion.

PELABURAN RM1 BILION

Sehingga tahun lalu, MBM melabur RM1 bilion untuk pasaran tempatan yang mana satu pertiga disalurkan ke Kilang Pengeluaran Pekan dan Akademi Latihan MBM di Puchong, Selangor. Komitmen itu adalah salah satu inisiatif pengeluar automotif dari Jerman itu dalam menyokong usaha Kerajaan ke arah hab EEV (kenderaan cekap tenaga).

Kilang kemudahan Pekan mengeluarkan 9,286 unit kenderaan sepanjang 2017. Buat masa ini kilang tersebut memasang 12 model, dan model terbaru yang akan dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) ialah Mercedes-Benz GLC 200.

GALERI
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
laporan_kewangan_2017_MBM_pandulaju1
laporan_kewangan_2017_MBM_pandulaju2
laporan_kewangan_2017_MBM_pandulaju3
laporan_kewangan_2017_MBM_pandulaju4
laporan_kewangan_2017_MBM_pandulaju5
laporan_kewangan_2017_MBM_pandulaju6

Related

379
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jualan Mercedes-Benz Malaysia, Laporan Kewangan 2017 Mercedes-Benz Malaysia, MBM, Mercedes-benz, Mercedes-Benz Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev