• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: Suzuki GSX-S1000 ABS & Suzuki GSX-S1000F (2015)

MOTO: Suzuki GSX-S1000 ABS & Suzuki GSX-S1000F (2015)

August 11, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Suzuki GSX-S1000 ABS & Suzuki GSX-S1000F - Pandulaju.comJENTERA legenda yang pernah memenangi pelbagai perlumbaan termasuk MotoGP kembali menemui peminatnya apabila Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) memperkenalkan dua model baharunya, Suzuki GSX-S1000 ABS dan Suzuki GSX-S1000F serba baharu.

HARGA: (Tidak termasuk GST)

  • Suzuki GSX-S1000 ABS: RM68,400
  • Suzuki GSX-S1000F: RM74,400

3 WARNA MENARIK:

  1. Merah
  2. Biru
  3. Kelabu

Suzuki GSX-S1000 ABS & Suzuki GSX-S1000F - Pandulaju.com

Barisan model Suzuki GSX-S membawa semangat Suzuki GSX-R dalam gaya tunggangan jalanan dengan menggabungkan pakej teknologi baharu yang direka khas untuk keselesaan penunggang.

Perbezaan antara Suzuki GSX-S1000 dan Suzuki GSX-S1000F masing-masing adalah penampilan membabitkan model’ naked’ serta ‘fairing’.

 

PRESTASI:

Siri Suzuki GSX-S dikuasai enjin 4-lejang bersesaran 9cc DOHC yang ditala untuk kegunaan jalanan. Penggunaan enjin baharu ini menyampaikan tindak balas pendikit yang lancar dan pantas serta mampu mengawal pecutan untuk memberikan prestasi adrenalin mengagumkan.

Suzuki GSX-S1000 ABS & Suzuki GSX-S1000F - Pandulaju.com

IMEJ BAHARU LEBIH AGRESIF:

Suzuki GSX-S direka untuk tampak ‘liar’, lasak dan agresif. Rekabentuk keseluruhan motosikal ini membangkitkan imej seperti haiwan membongkok, dengan kedudukan lampu LED dibentuk seakan-akan taringnya. Gabungan warna hitam dan warna badan memberi impak sebuah motosikal sport supaya lebih menonjol.

Suzuki GSX-S1000 ABS & Suzuki GSX-S1000F - Pandulaju.com

KLUSTER INSTRUMENT KOMPREHENSIF:

Bahagian kluster menampilkan pelbagai informasi untuk penunggang. Antaranya, kecerahan LCD boleh laras termasuk bacaan meter kelajuan, takometer, odometer, meter jarak perjalanan, posisi gear, suhu penyejuk dan persekitaran, jarak menunggang, purata penggunaan bahan api, tahap bahan api, kawalan cengkaman serta jam.

Paparan itu kemudian diapitkan penunjuk LED isyarat membelok, lampu tinggi, malfungsi (kerosakan), ABS, kawalan cengkaman, suhu cecair penyejuk dan tekanan minyak.

Sudah boleh didapati di kesemua pengedar SMA, maklumat lanjut boleh hubungi di talian 04-3977 453 (Jualan & Pemasaran) atau 04-3977 091 (Alat ganti) serta layari www.suzuki.com.my

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: GSX-R, Motor, SAM, Suzuki Assemblers Malaysia, Suzuki GSX-S1000 ABS, Suzuki GSX-S1000F, www.suzuki.net.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my