• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / F1 Tamatkan Khidmat Gadis Litar Bermula Musim 2018, Sudah Tidak Relevan

F1 Tamatkan Khidmat Gadis Litar Bermula Musim 2018, Sudah Tidak Relevan

February 1, 2018 By Han Othman Leave a Comment

611
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORMULA Satu (F1) mengumumkan akan menghentikan khidmat gadis litar atau 'grid girl' sepanjang musim ini. Dalam satu kenyataan, F1 berpendapat amalan tersebut kini sudah tidak lagi sesuai dengan F1 dan tidak selaras visi masa depan syarikat induknya, Liberty Media.

Walaupun amalan menggajikan gadis litar sudah jadi tradisi F1 selama bertahun-tahun, tetapi kami merasakan adat ini tidak lagi senada dengan nilai jenama kami, dan jelas bertentangan dengan norma masyarakat moden."

F1 juga berpendapat amalan menggunakan gadis litar sebelum ini sudah tidak relevan kepada F1 dan peminatnya seluruh dunia, tidak kira lama dan baru.

Bagaimanapun, F1 kini sedia mempertimbangkan peruntukan masa untuk pasukan dan pelumba di grid sebelum perlumbaan bermula sebagai sesi khas untuk tetamu jemputan dan penghibur memeriahkan sambutan Grand Prix, termasuk membenarkan promoter dan rakan pasukan mempromosikan produk dan negara masing-masing.

Khidmat gadis litar juga tidak diperlukan dalam siri perlumbaan selingan pada hujung minggu F1, seperti Formula 2. Bagaimanapun, siri perlumbaan motosikal MotoGP masih mengekalkan tradisi lama untuk musim ini. Maknanya, gadis litar masih ada untuk MotoGP. Dan Sepang pula tiada lagi F1, tetapi ada MotoGP.

Related

611
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, F1, Formula 1, Formula Satu (F1), gadis grid, gadis litar, grid girl, Liberty Media, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my