BUKAN mat rempit Malaysia saja berani mati, mat rempit Pakistan juga tidak kurang beraninya sampai jadi isu nasional hingga memaksa pihak polis negara itu melancarkan kempen kesedaran. Secara lebih spesifik, kempen khas untuk mengajak mat motor negara itu supaya tidak beraksi wheelie.
Wheelie ialah aksi lagak ngeri yang memerlukan penunggang mengangkat tayar depan sambil menunggang. Apa yang parah, mat rempit di Pakistan melakukan aksi ekstrem itu di jalan raya biasa dan ramai pula yang tidak memakai helmet. Siap ada yang berlumba!
BACA >>> Motosikal 70cc Masih Laku di Pakistan, Gaya Jipang Jadi Pilihan
Uniknya kempen kesedaran itu dibuat pihak polis dalam bentuk perhimpunan di beberapa lokasi dalam bandar sekitar Karachi dengan turut dihadiri selebriti. Masing-masing peserta perhimpunan menaikkan panduk dan poster yang tidak ubah seperti perhimpunan politik dan mogok kerja. Antara sepanduk dinaikkan berbunyi; 'Wheelie bukan sukan, tetapi kematian'.
Sekarang bayangkan Fattah Amin dan Mira Filzah turun berkempen menggesa mat rempit kita bertaubat. Agak-agak apakah respon mereka? Pada pendapat abang, tak ada maknanya mereka nak insaf!
MAKIN MENJADI-JADI
Sebenarnyan, kempen sama pernah dibuat pada 2014 yang mana polis Pakistan akan menahan penunggang dan meminta diserahkan lesen dan kad pengenalan. Jika gagal, motosikal mereka akan ditahan di balai polis dan cuma boleh ditebus dengan membawa dua dokumen tersebut. Jika penunggang itu masih di bawah umur pula, ibu bapa atau penjaga perlu datang untuk membuat bayaran kompaun.
BACA >>> Pantra - Motosikal Jipang Jadi Keunikan Penunggang Filipina
Menurut maklumat polis Pakistan, aksi wheelie kerap dilakukan penunggang muda berusia antara 13 hingga 30 tahun. Malah, ada beberapa kes konfrontasi melibatkan pihak polis dan mat rempit dalam bentuk serangan verbal (baca: maki hamun).
Sepanjang empat bulan pertama 2017, berlaku 15,000 kematian akibat kemalangan jalan raya di Pakistan. Daripada jumlah itu, 7,500 kes melibatkan motosikal!
Lihatlah saja klip video di bawha ini. Memang bukan calang-calang aksi wheelie yang mampu dilakukan mar rempit Pakistan. Diharapkan mat motor kita tidak meniru perangai mereka yang tidak semenggah itu. Memanglah nampak macam hebat, tetapi ingat, tiada pelumba Pakistan dalam MotoGP! (sekadar motivasi).
SUMBER: eBike.pk
Leave a Reply