• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Korporat Pilih Proton, UEM Adgenta Beli 32 Unit Persona, Perdana

Lagi Korporat Pilih Proton, UEM Adgenta Beli 32 Unit Persona, Perdana

January 29, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON menyerahkan 32 unit kenderaan, terdiri daripada Persona (30) dan Perdana (2) kepada UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) yang akan digunakan untuk operasi harian Edgenta Propel Berhad, iaitu jabatan servis infra dan syarikat subsidiari milik UEM Edgenta.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, jalinan kerjasama dengan UEM Edgenta sudah terjalin sejak 2002 dan sepanjang tempoh itu sudah 236 unit kereta Proton dihantar kepada syarikat berkenaan di bawah program jualan flit korporat.

"Persona jadi antara model paling laris sejak dilancarkan pada 2016 berikutan kualiti pengendalian dan ciri keselamatan terbaik, manakala Perdana dilihat sebagai sedan eksekutif yang bergaya.

"Kepercayaan dibina hasil daripada kejujuran dan nilai kereta Proton yang mampu milik, selain ketahanan dan reliabiliti. Perkara paling utama dalam memilih kenderaan syarikat ialah penyenggaraan mudah. Diharapkan hubungan berterusan ini dapat mendorong lebih banyak jualan daripada UEM Edgenta pada masa depan," katanya.

Edgenta Propel ialah rangkaian syarikat pengurusan dan pakar penyenggaraan infrastruktur dengan pengalaman lebih 25 tahun. Syarikat berkenaan menyelenggara dan memantau lebih 2,500km laluan lebuh raya, negeri dan juga jalan perladangan seluruh Malaysia setiap hari dan sepanjang tahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Edgenta, Datuk Azmir Merican berkata, komitmen kepada kecekapan operasi sentiasa berterusan dan program pembaharuan flit akan diperluaskan dengan tambahan lori dan trak pikap sebelum akhir tahun ini.

"Untuk mencapai kecekapan operasi maksimum dan memastikan keselamatan pekerja, Edgenta Propel memperbaharu program flit bagi menggantikan kenderaan yang melebihi usia 10 tahun.

"Dengan reliabiliti dan ketahanan kenderaan Proton, saya yakin kami dapat mencapai matlamat syarikat," jelasnya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Edgenta Propel, Program flit, Proton, PROTON Holdings Berhad, Proton Perdana, Proton Persona, UEM Edgenta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev