• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / London Lancar Teksi 'Black Cab' Hibrid, Boleh Jimat Hingga 643km

London Lancar Teksi 'Black Cab' Hibrid, Boleh Jimat Hingga 643km

January 29, 2018 By Han Othman Leave a Comment

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LONDON EV Company (LEVC) melancarkan teksi hitam, TX eCity sebagai barisan teksi hibrid pertama di ibu kota London. Unit pertama diserahkan kepada Davis Harris, 46, yang menjadi pemandu teksi pertama meletakkan deposit pembelian sejak pra-tempahan dibuka pada tahun lalu.

Menurut LEVC, pembelian TX eCity akan membolehkan Harris mendapatkan penjimatan £500-£600 (RM2,733-RM3,279) sebulan dari segi kos bahan api dan operasi.

BACA >>> London Haramkan Uber, Pemandu 'Black Cab' Tarik Nafas Lega

Model pacuan roda belakang (RWD) itu dikuasakan bateri litium-ion 31kWh yang bertanggungjawab menjana motor elektrik berkuasa 147hp dan tork 255Nm. Pecutan 0-100kmj pula dapat dibuat sepantas 13.2 saat, manakala kelajuan maksimum mencapai 128kmj. Paling penting, 'Black Cab' ini mampu membawa penumpang sejauh 128km apabila kuasa elektrik tunggal.

MAMPU PERGI SEJAUH 643km

tx-ecity-taxi-black-cab-london-3
tx-ecity-taxi-black-cab-london-5
tx-ecity-taxi-black-cab-london-1

Apabila cas bateri rendah, enjin 3-silinder 1.5L pengecas turbo akan diaktifkan untuk pengecasan. Jarak keseluruhan perjalanan yang dapat dicapai LEVC adalah hingga 643km, dan kombinasi rating ekonomi bahan api ialah 217.3mpg UK (1.3 liter per 100km).

Harga model aras permulaan bermula pada £52,024.50 (RM284,357), manakala cukai tambah nilai (VAT) mampu menaikkan harga kereta ini kepada £62,429.40 (RM341,229). Bagaimanapun, geran teksi plug-in membolehkan pemilikinya mendapat geran diskaun emisi hingga £7,500 (RM40,993).

BACA >>> Selamat Tinggal 'Black Cab' London TX4, Bakal Diganti Teksi Elektrik!

Antara ciri dibekalkan ialah bumbung suria panoramik, set interkom dan konektiviti WiFi, termasuk sistem infotainment skrin sentuh 9-inci, dan sistem bantuan pemanduan seperti brek kecemasan autonomi (AEB), amaran tukar lorong (LDW) dan amaran perlanggaran depan (FCA).

Related

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Black Cab, hibrid, London, London EV Company (LEVC), pengangkutan awam London, Roda4, Teksi, teksi Black Cab, teksi hibrid, TX eCity

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev