• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM RC 390 R (2018), Model Edisi Terhad untuk Pelumba Serius - 500 Unit Sahaja

KTM RC 390 R (2018), Model Edisi Terhad untuk Pelumba Serius - 500 Unit Sahaja

January 29, 2018 By Han Othman 2 Comments

FacebookTwitter

DALAM kejuaraan dunia seperti Moto3, KTM bukanlah calang-calang pencabar. Sejak 2012, sudah tiga pelumba meraih gelaran juara dengan jentera buatan pengeluar dari Austria itu. Jadi kemampuan KTM dalam menghasilkan mesin bersesaran kecil yang hebat memang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Terbaharu, KTM memperkenalkan RC 390 R edisi terhad yang dikeluarkan 500 unit sahaja. Setiap unit siap didatangkan lengkap dengan koleksi kelengkapan yang dinaik taraf. Ini termasuk suspensi WP boleh laras depan dan belakang, tuil brek dan klac boleh lipat CNC, enjin ditala khas, kit grafik serba baharu dan bar hendal baharu yang membolehkan lebih banyak tetapan posisi tunggangan agresif dibuat. RC 390 R dijual pada harga AS$10,500 (RM40,681)

LEPASI SYARAT PERLUMBAAN

Tambahan kepada jentera baharu itu ialah 50 kit SSP300 (merujuk Kejuaraan Dunia Supersport 200) yang disediakan khas untuk menaik taraf prestasi. Kit tersebut adalah sah untuk perlumbaan trek dalam kelas SSP300, dilengkapkan 230 unit alat ganti yang memang direka khas untuk pelumba berstatus profesional.

Setiap kit terdiri daripada sistem ekzos penuh titanium Akrapovic SSP300EVO02, ECU perlumbaan penuh, klac gelincir STM, Quick Shifter, pendawaian harnes dan set rim ekstra, sistem penyejukan FEBUR termaju, material badan ringan, dan pelbagai opsyen penggearan. Di pasaran, set lengkap itu dianggarkan bernilai AS$13,675 (RM52,983) yang pastinya bukan murah.

BACA >>> KTM Malaysia Perkenal RC 250 dan RC 390 (2017) Baharu, Harga Bermula RM21k

Bagaimanapun, kit baharu itu cuma sesuai untuk model spesifikasi 390 R baharu, dan bukan model lama. Pakej ditawarkan ini juga tidak sesuai untuk penunggang harian ataupun mereka yang mahu meredah gurun dan hutan, tetapi lebih spesifik kepada pelumba tahap tinggi dalam kelas 300.

Maksudnya, RC 390-R ini memang dibikin khas untuk dijadikan mesin taruhan di litar perlumbaan. Ada berani?

SUMBER: RideApart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: KTM, KTM RC 390 R, KTM RC 390 R (2018), motosikal, roda2, SSP300, supersport, WorldSSP300

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev