• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Mitsubishi Bakal Perkenal Kereta Tanpa Cermin Sisi, Selamat Tinggal Titik Buta!

Mitsubishi Bakal Perkenal Kereta Tanpa Cermin Sisi, Selamat Tinggal Titik Buta!

January 28, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANDA mungkin pernah lihat amaran pada cermin sisi kereta: 'Objek mungkin kelihatan lebih dekat sebelum muncul'. Tetapi amaran tersebut tiada pada model prototaip Mitsubishi kali ini. Malah langsung tiada cermin sisi!

Mitsubishi memutuskan membuang cermin sisi untuk digantikan dengan kamera yang terletak pada bahagian pemandu dan penumpang sebelah, serta satu lagi berfungsi sebagai cermin pandang belakang. Tentunya ia lebih daripada sebuah kamera.

BACA >>> Jangan Sembarangan Ganti Cermin Sisi Motosikal Hanya untuk Cantik

KESAN OBJEK SEJAUH 100 METER

side_mirror6
side_mirror4
side_mirror7

Sistem tanpa cermin dihasilkan Mitsubishi itu akan menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI) termaju untuk membantu pemandu kekal selamat. Kamera berkenaan akan mengesan objek sejauh 100 meter dan kemudian teknologi AI akan membezakan antara pejalan kaki dan kenderaan, termasuk mengenal pasti jenis kenderaan yang menghampiri. Canggih bukan?

Menurut Mitsubishi, sistem itu (dipanggil Maisart) menawarkan sudut pandang jauh yang lebih baik dan tidak sama seperti konfigurasi sistem pemantauan kamera (CMS) yang tidak dapat mengesan objek sejauh 30 meter. Maisart juga dikatakan 70 peratus lebih baik dalam mengecam jenis objek berbanding pesaing.

BACA >>> #PanduUji: Mitsubishi Outlander CKD, SUV 7-Tempat Duduk, Harga Pula Tak Masuk Akal!

Mitsubishi khabarnya bakal mendedahkan rekabentuk kenderaan tanpa cermin yang dibangunkan itu tahun ini. Rekabentuk tanpa cermin sisi itu dikatakan mampu mengatasi masalah titik buta, dan menambah baik aerodinamik kenderaan yang dapat mempengaruhi kecekapan bahan api.

GALERI
side_mirror2
side_mirror4
side_mirror6
side_mirror7
side_mirror5
side_mirror9
side_mirror8
side_mirror1
side_mirror3

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Car Monitoring System (CMS), cermin sisi, CMS, kereta tanpa cermin sisi, maisart, Mitsubishi, Mitsubishi Motors Malaysia, tanpa cermin sisi, teknologi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev