• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 10 Fakta Pantas Tentang Porsche Cayenne Gen-3, Pra Tempahan Kini Dibuka

10 Fakta Pantas Tentang Porsche Cayenne Gen-3, Pra Tempahan Kini Dibuka

January 26, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIME Darby Auto Performance (SDAP) meraikan kehadiran Porsche Cayenne generasi ke-3 ke pasaran Malaysia. Model kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah itu dibangunkan berasaskan proses pembangunan baharu yang menggabungkan prestasi tipikal Porsche dan praktikaliti cemerlang untuk kegunaan seharian.

Cayenne bukan saja meneruskan keseimbangan prestasi dan praktikaliti tetapi turut menawarkan beberapa ciri standard yang lebih banyak berbanding generasi terdahulu.

Berikut 10 Fakta Pantas Porsche Cayenne Generasi ke-3 (2018):

  1. Berat badan Cayenne generasi ketiga ialah 2,020kg, pengurangan 65kg berbanding generasi terdahulu hasil penggunaan material ringan.
  2. Dimensi keseluruhan turut berubah: panjang bertambah 63mm, dan lebar 25mm. Sebaliknya tinggi dikurangkan 9mm.
  3. Ruang but lebih luas (+100 liter), cukup menampung barangan 5 penumpang.
  4. Ditawarkan dalam dua varian:
    • 3.0L V6 turbo - kuasa 340hp (+40hp), tork 450Nm (+50Nm), pecutan 0-100kmj sepantas 5.9 saat (-1.7s), kelajuan maksimum 245kmj (+15kmj).
    • 2.9L V6 biturbo (Cayenne S) - kuasa 440hp (+20hp), tork 550Nm, 0-100kmj sepantas 4.9 saat (-0.5s), kelajuan maksimum 265kmj (+6kmj).
  5. Cayenne S dengan pakej Sport Chrono mampu memecut 0-100kmj kurang daripada 5 saat.
  6. Menggunakan paduan transmisi Tiptronic S 8-kelajuan.
  7. Berasaskan model sport 911 ikonik, Cayenne buat kali pertama menampilkan tayar campuran dan stereng gandar belakang.
  8. Keupayaan pemanduan jalanan dipertingkatkan menerusi pacuan semua roda (AWD) aktif sebagai ciri standard, Kawalan Casis 4D Porsche, suspensi udara tiga kamber, sistem penstabil olengan elektronik Kawalan Casis Dinamik Porsche (PDCC) dan Permukaan Brek Bersadur Porsche (Porsche Surface Coated Brake -P SCB).
  9. Ciri standard: lampu depan LED, Perlindungan Pejalan Kaki, Bantuan Parkir.
  10. Opsyen tambahan: Lampu depan LED dengan suluhan Matrix (PDLS Plus), Bantuan Nampak Malam (Night Vision Assist - NVA), Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist - LKA), Bantuan Parkir termasuk Remote Parkir serta bantuan maneuver dan perlindungan rim.

Pra tempahan Cayenne baharu ini kini di tiga pusat jualan jenama itu: Glenmarie, Sungai Besi dan Pulau Pinang.

GALERI

Related

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cayenne, Cayenne Generasi Ketiga, Cayenne S, Generasi Ketiga, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Porsche, Porsche Cayenne, Porsche Cayenne gen-3, pra tonton, Roda4, SDAP, Sime Darby Auto Performance (SDAP), SUV, Tempahan dibuka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev