• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Hyundai i30 (2014)

PREVIU: Hyundai i30 (2014)

April 23, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

From L to R - Mr Dennis Ho, Mr Lau Yit Mun, Mr Sung Jung Kim and Mr Kim Hoo-Keun with the newly launched Hyundai i30

HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini melancarkan model hatchback segmen-C baharu, i30 di pasaran tempatan. Model import sepenuhnya (CBU) dari Korea ini hadir dalam dua varian, 1.8L Executive dan 1.8L Sport yang masing-masing dijual pada harga RM127,888 dan RM132,888 (atas jalan termasuk insurans).

Kedua-dua model berbeza penampilan bodykit. Direka dan dibangunkan di Pusat Teknikal Hyundai Motor Eropah, Russelsheim, Jerman, i30 hadir menerusi rekaan arca bendalir (fluid sculpture) dengan kejuruteraan moden. Kehadiran garis sisi menyerlahkan ciri aerodinamik kompak ini ketika membelah angin atas jalan raya.

Padanan lampu belakang dan signal LED spoiler memberikan impak tersendiri. Paling menyerlah, gril radiator heksagon di bampar hadapan dan kehadiran rim aloi 17-inci.

i30 - Sunroof

i30-exterior-front i30-exterior-rear

i30-17_-alloy-wheels2da02-e1398237175681 i30-jewel-like-front-headlamp i30-rear-lamps1 i30-6-_40-folding-rear-seats6a3b1

Kabin ringkas dan moden dengan kehadiran beberapa ciri pintar. Meter kluster TFT Supervision dengan gabungan grafik berwarna putih dan biru menambahkan gaya moden i30. Susunan butang kawalan di papan pemuka memudahkan capaian audio dan penyaman udara dikendalikan.

Antara elemen lain diselitkan dalam ruangan kabin adalah roda stereng dengan butang kawalan audio, sistem bantuan parkir, butang penghidup enjin dengan kunci pintar dan bumbung panoramik.

i30 - Interior

i30 - Large Lugguage Space i30 - In-dash Audio System i30 - Flex Steer (Sport) i30 - Automatic Transmission

Berbanding generasi terdahulu, kabin i30 lebih luas dengan jarak roda 2,650mm, antara hatchback paling panjang dalam kelas dengan penambahan dimensi melibatkan panjang keseluruhan yang meningkat 20mm dan lebar, +5mm. Kapasiti but seluas 378L dan jika mahu ruang lebih besar, tempat duduk belakang boleh dilipat sepenuhnya dengan ekstra keluasan 1,316L, tambahan 10 peratus berbanding model terdahulu.

Enjin petrol NU 1.8L MPI bersama sistem DVVT menjadi nadi penggerak utama i30 dengan bantuan transmisi automatik 6-kelajuan. Sekarang rasailah kuasa 148hp@6,500rpm dan tork 178Nm (4,700rpm). Pengalaman pemanduan menyeronokkan dapat dihayati menerusi tiga mod pemanduan berbeza, Comfort, Normal dan Sport, yang boleh dipilih berdasarkan situasi jalan dan kehendak pemandu.

Aspek keselamatan i30 dilengkapi teknologi keselamatan termoden membabitkan enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Program Stabiliti Elektronik (ESP), Sistem Bantuan Brek (BAS), Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM) dan lampu isyarat kecemasan. Hadir bersama  jaminan lima tahun atau 300,000km perbatuan (mana tiba dahulu), i30 menawarkan tujuh pilihan warna menarik, Black Bean (hitam), Brilliant Red (merah), Coffee Bean (coklat), Creamy White (putih), Dazzling Blue (biru), Hyper Silver (kelabu) dan Sleek Silver (perak).

i30 - NU 1.8 MPi Engine

 

SPESIFIKASI
ENJIN NU 1.8L MPI dengan teknologi DVVT
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 148hp@6,500rpm
TORK MAKSIMUM178Nm@4,700rpm
CIRI ABS, ESP, BAS, VSM, bumbung panoramik dan sistem kunci pintar
HARGA RM127,888 (Executive) | RM132,888 (Sport)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: HDSM, hyundai, Hyundai-Sime Darby Motors, I30 Executive, i30 Sport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev