• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Percuma, Helmet Lama Tukar Baharu dan Periksa Motor! Datang Kempen Kawasaki Sekarang!

Percuma, Helmet Lama Tukar Baharu dan Periksa Motor! Datang Kempen Kawasaki Sekarang!

January 25, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

384
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAHU tukar helmet lama kepada baharu atau buat pemeriksaan motosikal percuma? Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018 hingga jam 6 petang ini. Cepat!

Kempen anjuran Kawasaki Motors Malaysia (KMM) itu dianjurkan di Plaza Tol Sungai Besi (arah selatan). Pengguna motosikal yang mendaftar untuk pemeriksaan motosikal percuma hari ini turut berpeluang mendapat helmet baru, atau menggantikan helmet sendiri yang sudah buruk, atau uzur. .

Penunggang motosikal yang melalui laluan berkenaan bolehlah singgah sebentar untuk membuat pemeriksaan motosikal merangkumi 16 bahagian. Pemeriksaan adalah terbuka kepada semua jenama dan sesaran motosikal, serta dikendalikan juruteknik terlatih daripada Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC).

Pemeriksaan motosikal melibatkan:

  • Pemeriksaan suspensi belakang dan belakang - tiada kebocoran
  • Hon berfungsi baik.
  • Ketegangan rantai mencukupi - rantai dan gegancu.
  • Cengkaman tayar pada jalan dengan baik - kedalaman bunga tayar.
  • Ketebalan pad brek mencukupi.
  • Tuil brek berfungsi baik dengan memeriksa tahap cengkaman.
  • Tiada kebocoran enjin.
  • Pemeriksaan paras minyak brek.

KESEDARAN KESELAMATAN


Kempen yang dianjurkan setiap kali Tahun Baru Cina itu memberi penekanan dan kesedaran dalam kalangan penunggang motosikal berkaitan aspek keselamatan, cara tunggangan dengan cermat dan pentingnya penyenggaraan motosikal yang lebih teratur.

Seiring tema tahun ini, ‘Fikir Keselamatan, Tunggang Dengan Bertanggungjawab’, KKM turut memberi penekanan terhadap pemakaian yang sesuai ketika menunggang dengan memilih memakai pakaian berwarna cerah dan jaket pantulan cahaya.

Program itu, yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), diharapkan dapat menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan jalan raya negara ini, terutama pada musim perayaan, khususnya penunggang motosikal.

Dirasmikan Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai, kempen tersebut turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Kerja Raya (KKR), PLUS, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad, AEON Credit Service, KHI Helmet, Bridgestone, Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) dan lain-lain.

GALERI

Related

384
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: AEON Credit Service, Bridgestone, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPN), Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia, Kementerian Kerja Raya (KKR), Kempen Keselamatan, Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018, KHI Helmet, KMM, Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), PLUS, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev