DUA minggu lalu, kami ada melaporkan tentang kelibat Honda X-ADV yang sedang menjalani ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) sekitar Putrajaya.
Bagi mendapatkan lagi kepastian, pada majlis pembukaan Honda Impian X di Johor Bahru kami sempat mengajukan soalan kepada Naib Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda (BSH), Datuk Seri Wira Tan Hui Jing mengenai kehadiran skuter lasak itu.
BACA >>> #Spyshot: Honda X-ADV Dikesan Sedang Diuji JPJ
Menurut Hui Jing, BSH masih belum memutuskan bilakan model berkenaan akan tiba, tetapi dijangka sekitar April atau Mei ini. Bergantung kepada tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diumumkan.
"Sekarang kami masih menunggu bilakah PRU dijalankan. Dari tarikh itulah kami akan memilih masa yang sesuai, sama ada sebelum atau selepas PRU," katanya.
Kami juga sempat bertanyakan tentang soal harga skuter advencer tersebut, tetapi orang kuat BSH itu hanya mampu tersenyum dan enggan mendedahkan apa-apa. Sebaliknya menyuruh kami dan kita semua menunggu hari pelancaran.
ENJIN 745cc, PACUAN RANTAI
Honda X-ADV dipersenjatai enjin 4-lejang SOHC 4-Injap, bersesaran 745cc dengan sistem penyejukan cecair. Dipadankan transmisi dual klac (DCT) 6-kelajuan, X-ADV mampu menghasilkan kuasa 40.3kW atau 54hp pada 6,250rpm dan tork 68Nm (4,750rpm).
Bahagian enjin dibina berasaskan komponen berteknologi tinggi supaya sepadan dengan profil jentera sebagai skuter off-road dengan kemampuan meredah laluan ekstrem. Menggunakan sistem suntikan bahan api PGM-FI, termasuk melepasi ujian emisi Euro 4, X-ADV hampir pasti menawarkan tahap penjimatan bahan api yang cekap.
BACA >>> 10 Motosikal Paling Laris di Indonesia, Skuter Honda BeAT Jadi Kegilaan
Walaupun cuma jentera automatik, tetapi skuter ini menggunakan rantai seperti moped atau sesetengah motosikal kuasa tinggi. Dalam segmen sama, X-ADV memiliki karakter sedikit premium berbanding skuter besar lain seperti Yamaha T-Max 530, Aprilia SRV850 dan BMW C650 GT.
Skuter milik Honda itu bukan saja mampu ditunggang untuk perjalanan jarak jauh, tetapi pada masa sama berupaya meredah laluan lasak seperti jentera kembara lain.
VIDEO
Leave a Reply