• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda X-ADV Lancar Ikut Tarikh PRU! (Bikin Saspens)

Honda X-ADV Lancar Ikut Tarikh PRU! (Bikin Saspens)

January 22, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA minggu lalu, kami ada melaporkan tentang kelibat Honda X-ADV yang sedang menjalani ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) sekitar Putrajaya.

Bagi mendapatkan lagi kepastian, pada majlis pembukaan Honda Impian X di Johor Bahru kami sempat mengajukan soalan kepada Naib Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda (BSH), Datuk Seri Wira Tan Hui Jing mengenai kehadiran skuter lasak itu.

BACA >>> #Spyshot: Honda X-ADV Dikesan Sedang Diuji JPJ


Menurut Hui Jing, BSH masih belum memutuskan bilakan model berkenaan akan tiba, tetapi dijangka sekitar April atau Mei ini. Bergantung kepada tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diumumkan.

"Sekarang kami masih menunggu bilakah PRU dijalankan. Dari tarikh itulah kami akan memilih masa yang sesuai, sama ada sebelum atau selepas PRU," katanya.

Kami juga sempat bertanyakan tentang soal harga skuter advencer tersebut, tetapi orang kuat BSH itu hanya mampu tersenyum dan enggan mendedahkan apa-apa. Sebaliknya menyuruh kami dan kita semua menunggu hari pelancaran.

ENJIN 745cc, PACUAN RANTAI

spyshot_honda_X_ADV_pandulajuc4-4
spyshot_honda_X_ADV_pandulajuc3-2
spyshot_honda_X_ADV_pandulajuc4-3
spyshot_honda_X_ADV_pandulajuc4-6

Honda X-ADV dipersenjatai enjin 4-lejang SOHC 4-Injap, bersesaran 745cc dengan sistem penyejukan cecair. Dipadankan transmisi dual klac (DCT) 6-kelajuan, X-ADV mampu menghasilkan kuasa 40.3kW atau 54hp pada 6,250rpm dan tork 68Nm (4,750rpm).

Bahagian enjin dibina berasaskan komponen berteknologi tinggi supaya sepadan dengan profil jentera sebagai skuter off-road dengan kemampuan meredah laluan ekstrem. Menggunakan sistem suntikan bahan api PGM-FI, termasuk melepasi ujian emisi Euro 4, X-ADV hampir pasti menawarkan tahap penjimatan bahan api yang cekap.

BACA >>> 10 Motosikal Paling Laris di Indonesia, Skuter Honda BeAT Jadi Kegilaan 

Walaupun cuma jentera automatik, tetapi skuter ini menggunakan rantai seperti moped atau sesetengah motosikal kuasa tinggi. Dalam segmen sama, X-ADV memiliki karakter sedikit premium berbanding skuter besar lain seperti Yamaha T-Max 530, Aprilia SRV850 dan BMW C650 GT.

Skuter milik Honda itu bukan saja mampu ditunggang untuk perjalanan jarak jauh, tetapi pada masa sama berupaya meredah laluan lasak seperti jentera kembara lain.

VIDEO

 

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Honda Tagged With: auto terkini, Boon Siew Honda, Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda X-ADV, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA), roda2, skuter, skuter advencer, skuter adventure, Spyshot, X-ADV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my