• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda PCX Hybrid Masuk Malaysia Suku Ketiga 2018

Honda PCX Hybrid Masuk Malaysia Suku Ketiga 2018

January 22, 2018 By Admin PanduLaju 5 Comments

469
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SKUTER Honda PCX diperkenalkan pada Pameran Motor Tokyo 2017 yang didatangkan dalam pilihan elektrik dan hibrid. Lebih menguntungkan, kedua-dua versi tersebut dibuat khas untuk pasaran Asia sahaja dan bakal dijual bermula tahun ini.

Di Asia Tenggara, Malaysia adalah antara negara yang bakal melancarkan skuter tersebut dan berita itu disahkan sendiri sumber Boon Siew Honda (BSH). Cuma PCX pasaran tempatan adalah versi hibrid dan BSH setakat ini tidak merancang membawa masuk versi elektrik. Khabarnya, PCX 150 yang dijual di Malaysia dijana enjin 149cc silinder tunggal berkuasa 12.5hp.

BACA >>> Teaser Honda PCX (2018) Didedahkan, Bakal Muncul di Indonesia dalam Versi Tempatan

BILAKAH PCX TIBA?

2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-03
2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-06-2
2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-04
2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-05

Menurut sumber lagi, PCX Hybrid dijangka dipasarkan pada suku ketiga tahun ini selepas pelancaran X-ADV terlebih dahulu. Harga pula masih belum diputuskan BSH. Cuma khabarnya, versi hibrid itu akan lebih mahal berbanding PCX standard sedia ada yang berharga RM11,658. Jadi bolehlah buat anggaran harga sendiri.

Honda juga nampaknya cukup berahsia tentang perincian spesifikasi model hibrid itu. PCX Hybrid menggabungkan enjin petrol dengan tambahan kuasa elektrik. Sistem hibrid kompak PCX menggunakan bateri kuasa tinggi dan penghidup (starter) ACG sebagai bantuan operasi enjin untuk memberikan lebih kilasan tork.

BACA >>> Honda PCX 150 Versi Tempatan Lancar di Indonesia, Harga Serendah Rp27 Juta (RM7,718)

Pembangunan skuter hibrid dan elektrik dilihat sebagai platform awal Honda dalam pembuatan motosikal rendah atau sifar emisi sebelum melibatkan jentera segmen lain seperti sportbike. Mengenai motosikal elektrik (e-bike) pula, pasaran Malaysia sememang sudah sedia ada banyak model e-bike, tetapi sayangnya kemudahan mengecas masih lagi kurang.

2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-02
2018-Honda-PCX-Electric-scooter-06
2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-01
2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-07

Related

469
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), hibrid, Honda, Honda PCX, Honda PCX 150, PCX, PCX Hybrid, Tokyo Motor Show 2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev