• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Veloster (2019) Serba Baharu Tampil Lebih Mengancam

Hyundai Veloster (2019) Serba Baharu Tampil Lebih Mengancam

January 20, 2018 By Han Othman 1 Comment

215
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Veloster (2019) melakukan debut rasmi sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 di Detroit dalam dua varian, standard dan Turbo. Pengeluaran model baharu itu akan dibuat di Ulsan, Korea Selatan bermula Mac tahun ini sebelum berkunjung ke pengedar antarabangsa dalam penggal kedua tahun sama.

Menurut Hyundai, rekabentuk baharu Veloster (2019) itu adalah hasil kerjasama antara pasukan pereka Hyundai di Seoul dan pusat rekabentuk Amerika Syarikat (AS) di Irvine, Caifornia. Selain rombakan penuh ke atas rupa luaran dan dalaman, Veloster (2019) turut menaik taraf trenkuasa dan menambah baik sistem infotainment dan ciri konektiviti.

BACA >>> #Videotomotif: Iklan Komersil Hyundai Veloster, Dewa Kematian Muncul dan Ford Focus Jadi Mangsa

Di sebalik rupa serba baharu, model tersebut masih mengekalkan ciri coupe tiga pintu yang memudahkan akses ke tempat duduk belakang. Lampu utama kini diberikan ciri LED, termasuk lampu siang (DRL) dengan rekaan gril baharu.

RUPA LEBIH MASKULAR, SPORTY

2019-hyundai-veloster-turbo-19
2019-hyundai-veloster-05

Keseluruhan, penampilan Veloster (2019) kali ini tampak lebih maskular, dengan rim 18-inci dan garis bumbung rendah yang menyerlahkah profil coupe gaya tersendiri. Rupa belakang juga direka lebih agresif bersama paduan difuser. Lampu belakang juga daripada jenis LED.

Veloster standard dikuasakan enjin 4-silinder kitaran Atkinson 2.0L berkuasa 147hp dan tork 178Nm dengan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik kawalan elektronik (ECA) 6-kelajuan. Varian Turbo (gambar atas - merah) pula dibekalkan enjin 4-silinder 1.6L pengecas turbo berkuasa 201hp dan tork 264Nm. Turut disediakan fungsi pendesak atau overboost yang mampu melonjakkan kilasan tork kepada 273Nm.

BACA >>> Apakah Kulit Nappa? Kenali Material Kulit untuk Kemasan Dalaman Kereta

Pembeli varian turbo juga ditawarkan opsyen kotak gear manual 6-kelajuan, termasuk transmisi automatik dwi klac (DCT) 7-kelajuan dengan pedal syif.

Veloster (2019) turut menawarkan Kawalan Vektor Tork (TVC), iaitu ciri pembelokan aktif yang akan meningkatkan keupayaan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan sistem kawalan trenkuasa bagi menambah baik dinamik pengendalian ketika mengambil selekoh.

Sistem tersebut menggunakan sensor kelajuan-roda dengan algoritma ESC untuk mengenakan daya brek yang tepat ke atas roda depan dalam (yang berpusing ke dalam) ketika membelok, manakala brek aktif menyalurkan kuasa kepada roda depan luaran (yang berpusing ke luar). Hasilnya, tayar akan kurang menggelincir, sekali gus meningkatkan cengkaman apabila membelok dan memecut ketika keluar selekoh.

Veloster Turbo juga dilengkapkan rak stereng nisbah-pantas dan kalibrasi stereng talaan semula yang disepadankan supaya pemandu dapat menikmati pengalaman, maklum balas dan kawalan ketika mengambil selekoh yang tepat.

CIRI INFOTAINMENT DINAIK TARAF

2019-hyundai-veloster-turbo-6
2019-hyundai-veloster-turbo-17
2019-hyundai-veloster-turbo-13

Ruang kabin menampilkan sistem infotainment premium dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto, termasuk radio SiriusXM, radia definisi tinggi (HD), dan konektiviti Blue-Link LTE versi terkini. Veloster memiliki skrin LCD warna 7-inci sebagai standard, manakala skrin 8-inci dengan fungsi navigasi ditawarkan sebagai opsyen. Sistem paparan dongak juga disediakan bersama sistem mengecas wayarles Qi.

Ada tujuh warna ditawarkan Veloster (2019): Ultra Black (hitam), Chalk White (putih), Sonic Silver (perak), Thunder Gray (kelabu), Sunset Orange (jingga), Racing Red (merah), and Space Grey (kelabu). Trim dalaman menawarkan pilihan kombinasi fabrik/kulit, atau semua kulit. Harga masih belum diumumkan.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

215
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Coupe, hyundai, HYUNDAI Veloster (2019), NAIAS 2018, Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev