• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Penjelasan Proton Mengenai Diskaun Istimewa untuk Persatuan Hokkien Malaysia

Inilah Penjelasan Proton Mengenai Diskaun Istimewa untuk Persatuan Hokkien Malaysia

January 18, 2018 By Han Othman 1 Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

pandu uji proton persona 2016PROTON mahu menjelaskan berita disiarkan akhbar nasional, Nanyang Siang Pau hari ini, 18 Januari 2018 berhubung promosi istimewa yang diberikan kepada Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia (FHAM).

Proton memang mempunyai polisi diskaun khas untuk jualan korporat dan pelanggan jualan flit (untuk dijadikan kenderaan syarikat). Ini adalah amalan perniagaan biasa dalam industri automotif yang menawarkan diskaun jualan korporat berasaskan pembelian secara pukal dan kenderaan syarikat. Justeru tawaran istimewa yang diberikan kepada FHAM adalah sebahagian daripada persetujuan jualan korporat istimewa bagi pelanggan jualan flit.

Proton sekali lagi mengulangi laporan Nanyang, "Proton sentiasa menawarkan promosi jualan korporat/flit kepada pelanggan korporat, persatuan, organisasi dan institusi (termasuk media), dan FHAM bukanlah kes istimewa.

BACA >>> Tu Dia, Proton Beri Diskaun Sampai RM13,888 - Nak Tunggu Apa Lagi?

sukan olimpik 2016Proton juga ada membuat persetujuan sama dengan pelbagai koperasi, dan persatuan, termasuk organisasi korporat besar di Malaysia. Dengan cara sama, FHAM telah menghubungi kami untuk berbincang dan menunjukkan sokongan kepada Proton menerusi komitmen pembelian. Jadi, berdasarkan jumlah besar ahli dan pekerja persatuan, Proton dengan berbesar hati memberikan pakej istimewa yang dipersetujui kedua-dua pihak,

Mana-mana koperasi, organisasi dan persatuan yang membeli kereta Proton dalam jumlah tertentu juga layak untuk mendapatkan persetujuan istimewa jualan korporat, tertakluk terma dan syarat antara Proton dan pihak berkenaan.

Proton sangat menghargai sokongan daripada korporat dan persatuan, serta sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada semua pelanggan kami. Proton sangat menghargai perhatian yang diberikan dan suka cita mahu menjemput mana-mana persatuan dan perbadanan untuk menikmati faedah ditawarkan.

BACA >>> #SembangDeras: Al-Kisah Uncle GrabCar yang Pasrah dan Proton Persona Bau Kedai

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: diskaun kereta Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, FHAM, Nanyang Siang Pau, penjelasan proton mengenai diskaun kereta, Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, Proton, proton Nanyang Siang Pau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my